Wednesday, September 24, 2008

Jalan Masjid India

Fuhhh penat malam tadi berjalan di Jalan Masjid India. Aku pergi berdua dengan Darini yang aku panggil Rini. Aku sampai agak lambat ke rumah dia dalam pukul 6 lebih macam tu, then ingat takkan sempat punya lah nak sampai KL berbuka dekat sana sebab jalan confirm jam teruk. Rini singgah isi minyak di Petronas then dia belikan air kotak milo untuk aku dan air kotak ribena untuk dia untuk kitorang berbuka dalam kereta kalau tak sempat sampai ke kedai makan bila tiba waktu berbuka nanti. Tapi bila dah dah bergerak tu, jam tak ada lah seperti yang kami sangkakan. Dalam kitorang tak sedar berbual sepanjang perjalanan tu kitorang pun sampai di Jalan Masjid India. Then kitorang terus bergegas ke Semua House berbuka dekat food court situ jer. Lepas berbuka kitorang terus lah berjalan-jalan di Jalan Masjid India tu sambil cuci mata sambil cari barang yang boleh kami beli. Aku call Kakngah tanye dia nak tudung tak? Dia cakap, "Nak! Nak! Nak!" dengan happy dan senang hati lagi. Dia siap MMS gambar baju dia untuk tunjukkan colour baju dia dan menyuruh aku belikan dia tudung yang match dengan baju dia. Dia kate macam colour hijau tahi lembu. Aku gelak! Aku mane lah pernah tengok tahi lembu secara live! Lepas tu malas nak panjang cerita aku belikan jer tudung hijau yang aku rase macam match dengan baju dia dengan harga RM20. Hurmm murah!! Lepas tu aku belikan satu lagi tudung colour hitam, in case kalau tudung tu tak match dengan baju dia, bolehlah dia pakai tudung hitam ni. Yang tudung hitam ni harga dari RM45 aku mintak kurang sampai RM30. Aku suka tudung hitam ni sebab kerawang dia cantik tu yang aku minat. Aku tanya orang tu, "Ni tudung bawal ke?" Dia kate, "Haah ni tudung bawal Kelantan, bawal satu". Aku angguk jer lah sebab aku bukan tau sangat pun jenis-jenis tudung bawal ni.

Then kitorang jalan-jalan lagi aku beli plak brooch colour hijau untuk adik aku dan putih untuk aku. Mase kat kedai brooch tu aku ingatkan yang warna putih tu pink sebab nampak macam pink. Sekali balik rumah tengok terang-terang colour putih. Nasib baik putih so boleh la match dengan ape baju colour ape pun kan. Aku ingat nak buat brooch baju kebaya pink aku nanti tapi aku rasa ok colour putih tu. Brooch tu RM20 each! Murah dan cantik! Lepas tu jalan lagi, rupanya banyak lagi kedai brooch! Peh aku dengan Rini rambang mata! Rini tak beli pun brooch yang dia suka sebab dia tak tau nak yang mane satu. Memang rambang mata! Memang banyak lagi yang cantik- cantik! Harga boleh tahan murah! Aku rasa best gile shopping kat Jalan Masjid India ni sebab barang murah-murah. Kalau kat JB ni jangan harap nak dapat harga tudung dan brooch yang cantik macam ni dengan harga murah macam ni. Penat, panas dan lenguh kaki berjalan kat Jalan Masjid India tu. Dengan orang yang sangat-sangat ramai lagi. Tapi seronok! Actually this is the first time aku jalan-jalan kat Jalan Masjid India ni. Luckily Rini nak bawa aku pergi! Thanks Rini! ;) For sure la lepas ni nak pergi sendiri aku takkan ingat jalan. Tak tau nak suruh sape bawa aku pergi lepas ni. Hehe.

Lepas penat berjalan, last2 aku jer yang beli barang. Rini tak beli ape pun. Dia ada lah jugak berkenan dengan baju kurung dekat situ tapi dia tak berani beli lagi sebab dia takut orang tersayang dia tak berkenan kalau dia pakai. Hurmm memang girlfriend yang baiklah Rini ni. Kalau jadi isteri nanti mesti jadi isteri yang patuh pada suaminya. Hekhek! Dah penat tu kitorang decide untuk balik. Bila sampai kat kereta aku terperanjat sebab cermin kereta Rini ada banyak tepekan-tepekan tahi burung! Hehe. Rini kate dah biasa dah kalau park kat situ memang kena punya tahi burung. Tapi kalau tak park bawah pokok maybe tak banyak sangat kot kena tepekan tahi burung tu. Hehe. Lepas tu aku dengar Rini menyumpah kereta sebelah park kereta yang membuatkan dia agak susah nak buka pintu dan masuk ke dalam kereta. Memang kereta tu park terlalu dekat dengan dengan pintu kereta dia. Lepas jer masuk kereta, Rini sempat *** kereta tu. Hehehe. Aku gelak jer tengok Rini. Tak sangka dia agak ganas jugak. Kih Kih Kih!

4 comments:

Hanney Hanafiah said...

pehh jalan2 x hajakk

me only me SUE said...

erk..marah rini..dia yg ajak kite..ekeke

NaughtiLiCiouS said...

hehehee...jgn marah i...marah sue...coz..errmmm...coz ape ek?...hehehe....ni blog i...x seberapa pon...blog ngarut...daaaa

naughtylicious-rini said...

i da wat blog baruuu...hehehhehe