Tuesday, October 14, 2008

Open House!

not my own open house! But last weekend and this coming weekend full of open house invitation..Sabtu lepas open house rumah Wanie. Walaupun aku bekerja pada malam harinya aku nak jugak pergi rumah dia. Entahlah kenapa sekarang aku suka sangat nak pergi open house ni. Yer la bukan selalu kan nak pergi beraya rumah kawan2. Pergi pun dengan kawan2 walaupun kawan2 aku semua bercouple. hehe but its ok! Aku tak kesah pun...dah biasa sorang2.

Hari ahad pulak aku pergi rumah Epa. Adik dia bertunang so dia buat sekali makan2 untuk kawan2 so aku pergi juga walaupun bekerja di malam hari tersebut. Awal sikit kena bangun tapi aku tak mengantuk sangat pun. Kat bawah ni antara gambar2 dari kamera aku dan Pesal mase open house kat rumah Epa..(Thanks Pesal sebab bg aku cilok gambar dari kamera ko ahaks!) Lupa nak bergambar mase kat rumah Wanie. hehe :)

Adik Epa yang sentiasa kecoh dan happening kini menjadi tunangan orang.
Dia akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan Disember ini mendahului kakaknya sendiri.
hehe melangkah bendul lah ni kiranya.

Mase aku sampai aku nampak Diana bersasama 'seseorang' dah nak balik tapi tak ade pulak gambar 'seseorang' dia. hehe

Couple sensasi masa kini yang masih malu2 tahi kucing..keh keh

Coulple yang masih belum sensasi tapi hanya 'girl' nye saje yang masih malu2 tak macam 'boy' nye yang sentiasa muka tak malu.
hahaha

Epa: Adoyaiii biler la si Dehe ni nak habis becerita penat aku nak dengar.
Yob: Wei Pesal, ko ingat ko sorang je ke ade kemera?
CheLeen: Kite makan jer la Sue, pedulikan diorang ni.
hakhakhak

Aku rase Yob tengah kira berapa biji nasi yang ada kat atas pinggan dia la.
hakhakhak

My Wish: Hope aura menjadi tunangan orang diorang ni akan sampai juga kat aku nanti.
yeepiee!!

Tengok2 hantaran.

CheLeen: Wahhh cincin dia lagi besar dari aku punye lah.. hehe

Hello Mumu....

Epa: Seboklah orang atas ni, dalam satu rumah pun nak call2 i..

String datang dengan rambutnya yang panjang mengurai. Nak jeleskan aku lah tuh. huh!

Masa kat rumah Epa, aku dengan Che Leen sempat tengok Baby (kucing) dan anak2 dia. Geramnya aku tengok...anak2 Baby semua putih...memang sah bapak dia si Putih adik si Harun (my former cat). Tapi bulu dia panjang dan gebu dan kembang sama macam bapak kedua diorang si Miki. Masa kitorang naik atas tengok kucing2 tu ada la 2 3 orang budak2 dok main2 kucing tu. Pesal punyalah bengang, "Sape keluarkan kucing2 ni?". Tapi tak ada pun yang dapat menjawab soalan dia. Dia punyalah marah bila budak2 tu nak pegang kucing2 dia. Hoho sayang betul bapak ketiga kucing2 ni pada anak2 dia. hehehehe. Lepas tu mase kitorang lepak2 kat bawah, Pesal bawak turun salah satu anak kucing dia duk main2. Anak kucing ni pun lari lah sana sini. Ada sorang budak ni, dia jiran Epa. Dia dah nak balik dengan maid dia. Dia nampak jer anak kucing tu dia amek, dia pegang, dia peluk, dia belai, dia kejar. Maid dia puas ajak dia balik tapi dia tak nak. Dia nak main2 jugak dengan kucing tu. Aku dengan Che Leen dah gelak2 tengok muka Pesal yang macam dah bengang jer tengok budak tu pegang kucing dia. Haha rileks lah Pesal oii...Takkan budak tu nak bawak lari punyee..ekeke

Pesal: Wei budak, bile nak balek laaa...
Budak: Tak nak, tak nak balekkk...nak peluk kucing ni sampai penyekk...wek wekk!
huahuahua

4 comments:

saya comel said...

ahahahahha...lawak dialog pesal ngan budak kecik tu...huhauhua...zitop ngan huda dtg eh?? sobsss...rugi i x dtg...

Putry Sue said...

hehehe tuh la.. kalo x leh lah mengimbau kenangan lame ek.. wakaka

PeXXaL said...

ooOoooOo.. buat cite pasal haku.. haku tengok jam tu masa eddie datang lerr.. ini pitenah.. haha

Putry Sue said...

wakakakaka aku peduli apeee... asalkan dapat kenakan ko...ahaks