Wednesday, December 31, 2008

Surprise!!!

Pada tanggal 28 December 2008 terjadi la satu peristiwa manis di rumah sewa kami. Aku, Elle, Yob dan di bantu oleh Achong berpakat membuat SURPRISE untuk Che Leen yang menyambut hari tuanya pada 29 December 2008 yang ke 25 tahun. (Che Leen tak pe kan tulis umur kat sini?) ehehehe. Kenapa kitorang tak buat saja 29 hb tu? Sebabnya, aku kerja siang dan Elle kerja malam dan buat pada sehari sebelum confirm Che Leen tak suspek ape-ape kan?

Kitorang takde la buat makan-makan besar. Just beli kek and donuts. Just us :) Kebetulan Che Leen pulak dah berjanji nak pergi makan dengan makcik dia lepas balik kerja tu. So, dapat celebrate sekejap pun tak pe la kan...

Kitorang park kereta kat blok sebelah yang mane memang agak asing la bagi aku tapi beranikan saja park di tempat orang. Alahamdulillah selamat kereta aku. Hehe. Pada hari kejadian, Che Leen kerja siang. Then, kitorang berpakat bersiap sedia semua sebelum pukul 7. Semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit hampir kantoi dalam seminggu merancangnya. Tapi semuanya tersimpan rapi tanpa dapat di hidu sikit pun oleh Che Leen. Kan Che Leen kan? Ekekeke


Che Leen di jemput oleh Yob dari Bukit Jalil, aku, Elle dan Achong get ready di rumah. Dan ini adalah antara gelagat-gelagat kami yang sempat di rakamkan ketika hari kejadian....


Antara juadah dan hadiah yang telah kami sediakan

Wajib posing bersama donuts yang di sponsor. Ekeke ;p

Wajib praktis untuk sehati berdansa tahun hadapan juga. Muehehehe ;p

Oh ya! Wajib menggedik bersama juga! Keh keh ;p

Ready...ready

Surprise!!!!!!!!!!!!

Wajah kegembiraan yang tidak dapat di nilaikan.

Sempat main cak-cak! Hehehehe ;p

Sing it Lah! Happy Birthday to u!! Happy Birthday to u!!
Happy Birthday to Che Leen!! Happy Birthday to u!!!

Make a wish first!!

Fuhhh fuhhhh!!

Nak potong kek kena ada gaya juga ya! Hehe ;p

Time for mengemas. Kesian birthday girl yang kena kemas. Ekeke

Jeng jeng jeng

From me

From Elle

ESPRIT Sling Bag From Yob

Happy Birthday Che Leen!! May all ur wishes come true!!
We love you!! Best Friend Forever!! xoxo

Tidak di lupakan pada hari kejadian adalah juga birthday Cik Darini yang di kasihi. Happy birthday to u too Rini!! Semoga selalu di berkati olehNya dan di percepatkan jodoh...AMIN...Dengar cerita banyak dapat hadiah best...hehe ;p Luv ya'...mwahhhh!!

Tuesday, December 23, 2008

Pagi Yang Sebak

Malam tu aku masuk tidur awal kerana hendakkan tidur yang lena dan mencukupi. Lagi pun aku memang letih. So aku masuk tidur dan tidur di atas tilam yang sangat empuk!

Aku mimpi.

Aku di rumah aku di JB, duduk di ruang tamu sedang menonton televisyen. Ada kereta masuk ke perkarangan depan rumah. Terlihat dua orang yang biasa aku lihat sedang keluar dari kereta sambil membawa barang-barang di dalam plastik seperti baru balik dari pasar tani.

Oh Abah dan Ibu rupanya. Aku membuat reaksi seperti biasa. Sambung menonton televisyen. Selepas menghantar barang di dapur, Ibu ke depan dan menonton televisyen bersama aku. Kami berbual. Berbual macam biasa. Dan tiba-tiba satu soalan aku ajukan kepada Ibu:

"Ibu, nanti boleh tak ibu datang macam sekarang ni masa Kaklong kahwin nanti?"

Ibu menjawab, "Boleh...Nanti akan ada 'Penghulu' yang akan beritahu Ibu bila."

Aku senyum dan kembali menonton televisyen. Dan tiba-tiba handphone aku berbunyi.

Aku ambil dan aku lihat bukan nama si pemanggil tetapi Alarm yang berlagukan "Stuck". Aku terjaga dan aku tahu aku bermimpi tadi. Aku bangun, ambil tuala dan berjalan ke bilik air dalam keadaan sebak.

Friday, December 19, 2008

Dapat Award!

Hehe baca-baca punya baca blog Cem tiba-tiba nampak nama aku dalam list dia nak bg award ni. So tanpa segan silu aku pun amek la award ni dengan bangganya, dengan ucapan:

"Saya nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada keluarga saya yang selalu memberi sokongan kepada saya selama ini, kepada kawan-kawan saya, tidak kiralah sama ada yang baik dan tidak baik, anda semua membantu saya dalam menjalani liku-liku hidup di dunia ini sehingga saya mencapai di tahap ini. Dan sesungguhnya yang terutamanya saya amat bersyukur kepada Ilahi yang telah memanjangkan umur saya hingga ke saat ini untuk melihat dan menikmati segalanya kini yang di depan mata saya. Alhamdulillah, sekian terima kasih."

Hari-hari Bahagia Aku

Apa yang di maksudkan dengan hari-hari bahagia aku? Oh tidakkkk...Bukan aku berkahwin atau pun bertunang yang telah di kecoh-kecohkan di karpet baru-baru ini. Hari-hari bahagia yang di maksudkan adalah hari yang aku tak perlu datang kerja selama 15 hari. Hanya berehat di rumah, tidur selama mana yang aku suka, pergi kesana dan sini sesuka hati tanpa perlu kusut kepala hendak bangun dan pergi kerja mengadap channel yang sama selama 12 jam. Hehehehe.

Sorry la lambat update. Bukan ape, perangai malas aku ni menjadi2 plak sejak balik dari bercuti hari tu. Tapi sebab dah janji, so aku pun merajinkan diri gak la menulis dan menepek gambar-gambar ape yang patut. Takkan nak tepek semuaaaaa kan... muehehehe..

Ini adalah antara aktiviti-aktiviti aku semasa bercuti 15 hari:

Perkelahan di Sungai Congkak

Aku start cuti 26 November. 28 November baru aku gerak balik JB. 26 tu aku menjoinkan diri aku dalam aktiviti perkelehan yang telah di rancang beberapa minggu sebelumnya oleh Bonez. Aku, Bonez, Rini, Arab, Bai, Dehe, Wanie, Adik-adik Wanie, Pesal, Epa dan Adik-adik Epa yang telah menjoinkan diri untuk berkelah di Sungai Congkak. Best la jugak tapi airnya yang sejuk sungguh tidak tertahan. Mampu bertahan beberapa minit saja, lepas tu sudahhhhhh.


Reunion 4 & 5 Kejuruteraan Elektrik Tahun 2000 & 2001

29 haribulan pulak aku ada Reunion Kelas tingkatan 4 & 5 Kejuruteraan Elektrik ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi. Tak sangka ramai yang datang. Dapat lah aku kenal balik muka-muka yang sama kelas dengan aku dulu. Yaaaa seperti yang aku jangkakan aku memang tak dapat mengingati semua nama diorang. Aku ingat nama perempuan je sebab perempuan tak ramai dalam kelas aku. Yelaaa nama pon kelas Elektrik. Mesti lah ramai lelaki kan. Kitorang bertemu semula di Restoran Singgah Selalu setelah 7 tahun tak tahu khabar berita. Seorang jer yang dah berkahwin iaitu Zahid tapi dia tak dapat bawa isteri dan anak dia. Tak di ketahui kenapa. Hurmmm masih nakal masa kat sekolah dulu. Ape-ape pun, it's fun! Hope to see you guys next reunion ;)


Bercuti Di Batu Layar

Lepas jer reunion tu kitorang terus ke Batu Layar. Saje nak merehat-rehatkan diri di tepi pantai. Aku memang teringin dah lama sangat nak main air pantai. Dapat gak main-main air pantai. Air pantai kat situ tak la sejuk bebenor macam kat sungai congkak hari tu. Nasib baikk! hehe


Make Up My Baby Black ;p

Mase on da way balik dari Batu Layar kitorang jalan-jalan kat Kota Tinggi dan beli beberapa barang untuk lampu kereta. Asraf la ni yang telah mempengaruhi aku. Hehe. Asraf belikan cover lampu depan and dia suruh aku beli sendiri cover lampu belakang. Hoh! Lepas tu pegi plak buat no. plat keta. Entah la kenapa tiba-tiba aku rasa nak tukar. Then, berangan nak tukar rim plak bila dapat bonus ni. Hehe nanti dulu la. Rase macam tak cukup lagi la ;p

Tengok Wayang

Aku dah tengok cerita Twilight ni. Not bad. Nasib baik aku ni jenis layan semua cerita apa-apa pun. Yang bad nya aku bergaduh dengan Asraf time tengok cerita ni. So mane yang pernah bergaduh time tengok wayang tu tau lah kan macam mana keadaanya time tu. Hehehe ;p


Karaoke

Time cuti ni ada lah beberapa kali aku ikut Asraf pergi berkaraoke. Sebelum ni aku ikut jer dan tengok dia dan kawan-kawan dia menyanyi. Tapi ada sekali tu aku pergi berdua jer dengan dia dan dia ajar aku menyanyi. Sebijik cam cikgu vokal okey dia ajar aku. So, okeylah sikit aku menyanyi. Tapi aku menyanyi bila dengan dia jer. Aku dah tak nak nyanyi depan orang lain. Maluuuuu.. Suara aku sumbang! Haha

Hang Out With Kakngah & Emi

Hang Out With My Best Friends

Menyambut Aidil Adha

Hari Raya Haji tahun ni memang hari makan, makan dan makan aku. Dah la hujan seharian. Memang duduk kat rumah jer la. Dah duduk kat rumah tu mesti la tak tahu nak buat apa selain makan dan tidur kan? Keluar pun pergi ke rumah Asraf dan rumah atok dia. Dah lah abah masakkan makanan favourite aku. Pehh makan berapa kali pun aku tak ingat lah. Dah la sekali makan tu aku amik macam untuk makan berdua. Adik aku pun terkejut tengok aku makan dengan banyak. So, dats why la aku tak kurus-kurus kan. :(

Makan dan Makan

Mase kat JB memang aku langsung tak berdiet. Tak boleh nak diet. Asal keluar jer semuanya nak makan yang sedap-sedap. Mana boleh aku tengok je kan? Dah lah makan ni kekadang macam hobi aku gak la. Hoh!

Monday, December 1, 2008

Cuti-cuti Malaysia

Semalam baru balik dari Batu Layar. Best jugak tempat tu. First time pergi. Tapi gambar semua kat kamera Asraf so tak dapat nak upload sekarang. I'll update later. Ni saje je nak try broadband Celcom. 24 jam hanya RM6. Not bad. Dulu RM8, sekarang dah turun harga pulak. Kat rumah JB ni aku memang tak pasang internet macam kat rumah sewa kat KL tu. So nasib baik ada Celcom ni.

Banyak benda aku nak buat kat JB ni. Macam-macam lah. Tapi tak tahu nak buat yang mane dulu. Hehe tak pe slow2 la cuti banyak hari lagi kat JB ni. Korang jangan jelous tau. Kikikiki.

Ok, la nak mandi, pastu nak siap2 gi make over my 'Baby Black'. Nak tau siapa my Baby Black? Tungguuuuuuuuuuuuu....hehehe