Wednesday, January 21, 2009

M

Apa itu M? M itu adalah ketua huruf untuk perkataan MALAS. Haha. Sekarang ni aku tengah menahan sakit gigi, sakit kepala, sakit mata dan sakit perot (senggugut). Tak boleh tidur kalau dah sakit gigi ni. Nak menangis air mata lak tak ada. So menaip la kejap. Tapi kejap jek sebab mata tengah pedih. Mata dan otak aku penat. Penat sebab buat kerja yang baru. Nanti-nanti lah aku cerita pasal kerja. Sekarang ni aku letak jer gambar terbaru kami di department baru kami. Aku tahu ramai yang rindukan kekocahan kami. Huahuahua!

Di hari ketiga training di department baru. Masih ceria.

Masih pemalu. Kahkah

Konon-konon tekun.

Masih poyo.

Bersama trainer kami, Jayanthi yang kadang-kadang muka nampak serius tapi sangat baik dan sporting. Sebab tu kitorang boleh bergelak ketawa dan terkadang berkejaran di situ seperti kami dah lama kerja di situ. Huahuahua

Monday, January 12, 2009

Khairul Asraf Photographer


Sejak Sabtu yang lepas, aku begitu yakin Asraf betul-betul serius dalam mencari side income sebagai seorang photographer. Dia datang ke KL, ajak aku pergi ke Low Yat untuk betulkan skrin laptopnya yang pecah, dan sambil survey kamera baru. Dia dah ada satu kamera yang dia beli daripada kawan dia. Kamera Olympus E300. Dia memerlukan kamera baru yang lebih 'sharp' untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik katanya.

Ok aku ikutkan saja. Mulanya aku menunjukkan muka yang muncung dan agak muram sebab aku rasa rimas dan lemas menempuh arus lautan manusia di Low Yat pada hari itu. Terlalu ramai manusia sehinggakan aku dapat bau bauan badan yang amat tak menyenangkan. Kenapalah aku perlu berada di Low Yat pada hari Sabtu?

Lepas hantar laptopnya untuk di baiki, cina tu kata ambil masa 3 jam. Masa tu dah pukul 3 lebih. Aku serba salah sama ada hendak meninggalkan saja Asraf di situ dan terus ke Bukit Jalil pada pukul 5 dan biar adiknya saja yang jemput dia nanti atau aku tidak pergi ke Bukit Jalil langsung petang itu. Ya, akhirnya setelah berbelah bagi, menukar keputusan banyak kali, akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak pergi ke Bukit Jalil. Adiknya ada hal pulak masa tu, kesian pulak nak tinggalkan dia sorang-sorang. Lagi pun bukan selalu dia datang ke KL. Biarlah aku temankan saja dia.

Kami mulakan langkah dari satu kedai ke satu kedai kamera di dalam Low Yat. Survey harga yang berpatutan. Asraf mencari sebuah kamera Olympus E520. Lepas penat berjalan di Low Yat, aku lapar dan kami terus ke Sungei Wang makan di McD. Lepas tu kami jalan-jalan sambil survey lagi di Sungei Wang. Ada satu kedai menawarkan harga lebih murah dari kedai-kedai di Low Yat. Akhirnya, di pendekkan cerita dia beli kamera yang di cari-cari itu di kedai di Sungei Wang saja.

Sepanjang mencari kamera di kedai-kedai kamera tu, aku sikit-sikit mempelajari dan mendengar apa perbezaan antara kamera-kamera tersebut. Lagipun aku memang banyak tanya masa tu sebab agak penat berjalan dan cuba memahami apa yang dia nak cari masa tu. Lama kelamaan aku semakin berminat pulak, dan minta dia jangan jual kamera lama dia tu setelah beli yang baru ni. Aku mengeluarkan hasrat nak mencuba menjadi pembantunya jika dia ada job ambil gambar di Johor nanti. Hehehe.

Ok walau apapun, Asraf masih baru dalam bidang ini, so dia tak mengenakan harga yang tinggi jika ada yang ingin mengupah dia. Aku kagum dan terkejut jugak sebab walaupun masih baru dia telah pun di upah beberapa pasangan pengantin. Dia selalu meminta sokongan, doa dan nasihat daripada aku. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik dan semoga dia berjaya. All the best to u abang!! Chaiyok!! :)

Sunday, January 11, 2009

Sangat Kejam!

Sedang aku selak-selak PANCAINDERA, tiba-tiba Che Leen cakap nak tunjukkan sesuatu di Mingguan Malaysia. Dia tunjukkan satu keratan. Keratan seperti di atas. Sila click untuk besarkan gambar dan baca di bahagian TIDAK TERKATA.

Sebelum ni aku bukan tidak mahu ambil tahu tapi aku malas nak baca pasal peperangan kejam seperti ini kerana bila aku dah ambil tahu dan tahu macam ini la jadinya. Aku jadi emosi tak tentu arah.Tadi sementara menunggu tayangan The Brave One di HBO dan perkahwinan Mawi di RIA aku buka TV3 untuk menonton Buletin Utama. Memang berita utama pasal ISRAEL kejam ni lah.

Mereka juga memaparkan dan menemubual sekumpulan penunggang motorsikal berkuasa tinggi dan beberapa penduduk YAHUDI yang dapat melihat tentera ISRAEL membedil dan mengebom GAZA dari tempat mereka. Setiap kali bunyi dentuman dan api yang mereka lihat, mereka seperti bersorak dan berpesta di situ seperti kita melihat bunga api setiap kali tahun baru dan hari kemerdekaan.

Bila di temubual mereka sambil tersenyum dan berkata, "Mereka sedang menerima hukuman yang setimpal seperti mana kami pernah alami dulu." Aku agak kesal, sedih dan marah dengan keadaan ini. Adakah kekejaman perlu di balas dengan kekejaman? Mereka tak baca surat khabar ke? Tak tengok ke gambar kanak-kanak yang mati di GAZA setiap hari. Sangat tidak berperikemanusiaan!!

Selain daripada memboikot benda-benda yang berasal dari ISRAEL, serius aku tak tahu apa lagi yang perlu aku buat selain daripada berdoa dan mengharap agar mereka menghentikan kekejaman seperti ini berulang.

Thursday, January 8, 2009

UNICEF

Ok terus terang aku tak pernah dengar pasal benda ni sampai la tadi mase aku dan Elle sedang membeli-belah di Carrefour Wangsa Maju tiba-tiba datang seorang perempuan ni sambil tersenyum mesra sambil speaking BI suruh kitorang tunggu dan dengar sekejap. Dia cakap dia bukan jual ape-ape pon. Lepas dia tanye nama kitorang dia tanya, "Orang melayu ke?" Kitorang gelak sambil angguk. Lepas tu dia pun gelak sambil beritahu dia speaking tadi sebab dia ingat kitorang orang cina. Boleh? Haha. Then dia terangkan pasal UNICEF ni.

Ok, ape yang aku faham UNICEF ni adalah persatuan yang membantu kanak-kanak malang di seluruh dunia ni. Membantu kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa, tempat tinggal, keperluan untuk bersekolah, kanak-kanak yang menghidap HIV/AIDS, dan juga membantu kanak-kanak di PALESTIN yang telah di serang ISRAEL yang kejam!! :'(


Aku rasa masa kita lahir bila dah beberapa bulan kita mesti di bawa berjumpa doktor dan mendapat suntikan kesihatan, walaupun aku tak tahu suntikan apa dan untuk apa tapi aku rasa mesti ada kan? Kalau yang dah jadi mak ni mesti tahu. Ingat tak masa kita sekolah dulu kita di kenakan suntikan? 2 atau 3 kali kan kita di kenakan suntikan? Kita ada lagi macam-macam checking, macam check gigi la, mata la dan macam-macam lagi. Tapi itu pun ada yang mengelak dan tak mahu langsung. Kanak-kanak yang miskin ni langsung tak berpeluang tapi mereka amat memerlukannya.

Ok, dengan menderma melalui UNICEF ni kita juga membantu kanak-kanak yang memerlukan ini mendapat suntikan-suntikan kesihatan seperti kita juga. Jika tidak, seramai lebih kurang 20 000 kanak-kanak mati setiap hari di seluruh dunia.

Kita juga membantu mereka, pihak-pihak yang tertentu untuk menyediakan kemudahan bagi mereka yang susah ini seperti persekolahan mereka. Mendirikan sekolah, keperluan barang di sekolah, baju sekolah mereka, alat tulis, dan pelbagai lagi kemudahan untuk mereka berpeluang bersekolah seperti kita semua. Bila di fikir-fikir balik betapa bertuahnya kita hidup mewah. Kalau kita fikir kita tak cukup duit setiap bulan, kita sesak, kita susah, sebenarnya ada yang lagi susah.

So, bersyukurlah apa yang kita perolehi sekarang ni. Hilangkan sifat tamak dan boros kita tu. Masa aku di terangkan tentang benda ni, dalam kepala aku dah terbayangkan semasa aku makan sedap-sedap seperti McD, Kenny Rogers, KFC, Secret Recipe, dan macam-macam lagi. Dah lah makanan mahal-mahal kan. Apa kata mana yang nak MEMBOIKOT barang, dan makanan dari ISRAEL tu, mesti ada duit lebih kan? Cuba lah di salurkan ke atas kanak-kanak malang ini melalui UNICEF. Pahala pun dapat. :)

Selain daripada itu, kita juga membantu kanak-kanak yang menghidapi HIV/AIDS. Ramai kanak-kanak yang tidak bersalah dan naif sering di hidapi penyakit musuh dunia no. 1 ini. UNICEF ni tak menerima sebarang duit cash. Ia potong dari kad kredit atau pun Maybank akaun kita. Aku memang tak ada kad kredit so aku menggunakan Maybank akaun aku.

Ya! Aku amat-amat ingin membantu kanak-kanak malang di seluruh dunia ini daripada dulu lagi cuma aku tak tahu bagaimana. Bila dah ada peluang begini aku tidak melepaskan peluang! Walaupun aku membantu hanya sedikit sangat tapi aku rasa aku perlu membantu daripada tak membantu langsung kan?

Memang tak banyak, sehari hanya RM1.26 sahaja!! Sebulan hanya RM38!! Aku rasa amat berbaloi kalau kita menggunakan duit yang tak sampai RM40 tu untuk membantu kanak-kanak malang di dunia ini dari kita membeli baju, seluar, barang make-up dan makan makanan yang mahal-mahal? Jika korang rasa mampu dan ingin memberi lebih, korang juga boleh menderma sebanyak RM1.92 sehari iaitu RM58 sebulan.

Oh ya, kita juga akan di berikan statement setiap bulan dan kita boleh klem dari di kenakan cukai. Ya! Tapi aku kurang jelas pasal cukai ni sebab aku sendiri belum pernah bayar cukai. Ahaks! Habis kantoi.

Jika korang juga ingin keterangan lanjut dan ingin menderma seperti aku sila la ke laman web UNICEF atau pun ke UNICEF Malaysia. Kalau korang nampak ada banner pasal UNICEF ni kat mana-mana pon korang terus lah bertanya pada orang yang berkenaan di situ macam mana korang nak membantu. Sama-samalah kita membantu mereka yang susah ini. Ingatlah mereka yang malang ini ketika kita bergembira dan dalam kehidupan yang senang dan mewah. InsyaAllah, semoga niat murni aku dan korang semua yang ingin membantu ini di berkati dan rahmati olehNYA. AMIN.


Aku telah pun memulakan langkah, korang bila lagi? Hehe :)

Thursday, January 1, 2009

Selamat Datang 2009

Happy New Year!!

Harapan untuk tahun baru ini adalah kehidupan yang lebih baik dari kehidupan tahun 2008. Aku mengharapkan aku tidak akan boros berbelanja seperti selalu.

Lebih banyak menyimpan untuk hari-hari bahagia yang mendatang. InsyaAllah jika di panjangkan umur, di murahkan rezeki dan di perjodohkan dengan cepat. Amin.

Menjadi seorang individu yang lebih baik, lebih memahami, lebih bertanggungjawab, lebih bertolak ansur, lebih mudah memaafkan, lebih matang dan lebih bersyukur.

Dan juga menjaga kesihatan badan. Walaupun ingin meng'slim'kan mane yang patut perlulah diet dengan lebih sihat. Aku bersyukur telah mencapai berat badan idaman iaitu 44kg. Hanya perlu lebih bersenam dan mengamalkan makanan yang sihat untuk maintain berat badan tapi tidak mahu cengkung. Terima kasih kepada Herbalife :)