Monday, January 12, 2009

Khairul Asraf Photographer


Sejak Sabtu yang lepas, aku begitu yakin Asraf betul-betul serius dalam mencari side income sebagai seorang photographer. Dia datang ke KL, ajak aku pergi ke Low Yat untuk betulkan skrin laptopnya yang pecah, dan sambil survey kamera baru. Dia dah ada satu kamera yang dia beli daripada kawan dia. Kamera Olympus E300. Dia memerlukan kamera baru yang lebih 'sharp' untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik katanya.

Ok aku ikutkan saja. Mulanya aku menunjukkan muka yang muncung dan agak muram sebab aku rasa rimas dan lemas menempuh arus lautan manusia di Low Yat pada hari itu. Terlalu ramai manusia sehinggakan aku dapat bau bauan badan yang amat tak menyenangkan. Kenapalah aku perlu berada di Low Yat pada hari Sabtu?

Lepas hantar laptopnya untuk di baiki, cina tu kata ambil masa 3 jam. Masa tu dah pukul 3 lebih. Aku serba salah sama ada hendak meninggalkan saja Asraf di situ dan terus ke Bukit Jalil pada pukul 5 dan biar adiknya saja yang jemput dia nanti atau aku tidak pergi ke Bukit Jalil langsung petang itu. Ya, akhirnya setelah berbelah bagi, menukar keputusan banyak kali, akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak pergi ke Bukit Jalil. Adiknya ada hal pulak masa tu, kesian pulak nak tinggalkan dia sorang-sorang. Lagi pun bukan selalu dia datang ke KL. Biarlah aku temankan saja dia.

Kami mulakan langkah dari satu kedai ke satu kedai kamera di dalam Low Yat. Survey harga yang berpatutan. Asraf mencari sebuah kamera Olympus E520. Lepas penat berjalan di Low Yat, aku lapar dan kami terus ke Sungei Wang makan di McD. Lepas tu kami jalan-jalan sambil survey lagi di Sungei Wang. Ada satu kedai menawarkan harga lebih murah dari kedai-kedai di Low Yat. Akhirnya, di pendekkan cerita dia beli kamera yang di cari-cari itu di kedai di Sungei Wang saja.

Sepanjang mencari kamera di kedai-kedai kamera tu, aku sikit-sikit mempelajari dan mendengar apa perbezaan antara kamera-kamera tersebut. Lagipun aku memang banyak tanya masa tu sebab agak penat berjalan dan cuba memahami apa yang dia nak cari masa tu. Lama kelamaan aku semakin berminat pulak, dan minta dia jangan jual kamera lama dia tu setelah beli yang baru ni. Aku mengeluarkan hasrat nak mencuba menjadi pembantunya jika dia ada job ambil gambar di Johor nanti. Hehehe.

Ok walau apapun, Asraf masih baru dalam bidang ini, so dia tak mengenakan harga yang tinggi jika ada yang ingin mengupah dia. Aku kagum dan terkejut jugak sebab walaupun masih baru dia telah pun di upah beberapa pasangan pengantin. Dia selalu meminta sokongan, doa dan nasihat daripada aku. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik dan semoga dia berjaya. All the best to u abang!! Chaiyok!! :)

2 comments:

no life said...

kalau i suruh die tangkap gamba i bole??...dikamar i....grrrrrrrrrrr...wakakkakaka

Putry Sue said...

ooooooooooooo kalau macam tu i nak join sekali la...wakakaka