Tuesday, March 17, 2009

Cerita Menarik Dalam 1 Minggu: Perkahwinan Che Leen & Yob, Konsert Akademi Fantasia dan Liverpool Yang Hebat MENGALAHKAN Manchester United 4-1! Woohu!

Saje aku tukar tajuk panjang sikit. Hehehe. Aku ada buat Movie pakai gambar-gambar yang aku snap masa majlis pernikahan dan persandingan Che Leen dan Yob tapi macam besar sangat saiz dia kot. So, dah tunggu sejam lebih, tak dapat gak nak upload habis. Tak de rezeki korang nak tengok kekreatifan aku buat movie. Ekeke. So, tengok je lah gambar eh...

Tetapi oleh kerana aku terlupa nak cas bateri kamera aku terlebih dahulu, tak banyak lah gambar yang dapat aku snap. Gambar pun banyak goyang sebab orang yang nak amek gambar pun terlalu ramai. Macam artis pulak yang kahwin.

Saudara mara kedua belah pihak sudah ramai di tambah lagi dengan kenalan rapat dan kawan-kawan kedua mempelai tak melepaskan peluang merakam gambar. Aku pun pening tengok banyak sangat flash kamera.

Majlis ni memang sangat meriah dan teratur. Siap ada tarian zapin budak-budak kecil comel, lagu-lagu cinta. Jamuan yang di sediakan pun sangat sedap. Kalau aku tahu nama catering ni dah lama aku promot kat sini. Haha.


Pasangan pengantin pulak tak payah cakap lah. Isteri kepada cameraman yang di upah oleh Che Leen sendiri memanggil mereka Maya Karin dan Yusry. Hehehe. Aku suka make-up Che Leen. Tak terlalu tebal dan over macam sesetengah orang yang nak kahwin inginkan muka diorang jadi seperti orang lain. Simple but nice. Memang macam princess. Bukan aku puji ni sebab dah di upah oleh Che Leen atau sebab dia kawan aku tapi aku puji ikhlas. Ya kan Che Leen kan? Hehe.

Walau apa pun syukur alhamdulillah semuanya dah selamat. Aku tumpang gembira bila seorang kawan rapat aku telah pun berumahtangga. Semoga Che Leen dan Yob bahagia dan happy selalu. Cepat-cepat menimang cahaya mata ok! Tak sabar nak jadi aunty ni. Kuikuikui ;p

7 comments:

Anonymous said...

tahniah2, rasa mcm tak caye je kawan aku ni dah kawen, jutaan tahniah

Hanney Hanafiah said...

ehek terselit gak gambo kite ramai2 tu eh..

Putry Sue said...

mesti la kena selit ahkak uiii....dun weri...tak nampak gemok pon...heheh

Aisha said...

gambar aku gak yg takder. dah tau dah huhuhu

Hanney Hanafiah said...

aa nasib baik yang kat sue ni pic ahkak ni ngiring2 aje..takde la nampak lebo..yang kemere akak, haishh sumer dari depan, kembangg aje..kakaka

Putry Sue said...

tuh la pasal shaa....kamera aku tak sempat bertahan mase kite amek gambo kat pelamin tu...kamera mike ngan elle ade laaa tapi elle xde kat umah sini mike plak lambat edit...tapi dalam blog mike dah ada dah...dun sad2 eh shaaa....luv ya'

Putry Sue said...

wakakak cem...siyesli tak nampak gemok pon cem taim tuuu...kalo nampak gemok kompem kite tego...kikiki