Wednesday, April 22, 2009

Hari-hari Bahagia Dan Tak Bahagia Yang Telah Berlalu Dan Yang Akan Datang

Cerita 1

Yeayy aku dah pandai main Winning Eleven. Sebelum ni kalau datang rumah Asraf selalu tengok dia main dengan adik-adik atau abang-abang dia saja. Dia pernah suruh aku belajar main sebab nanti nak lawan dengan aku katanya. Aku malas dan buat tak tahu jer masa tu. Lepas tu dia pasang PS kat dalam kereta pun aku berminat nak main game Super Mario je. Boleh? Hahaha.

Tapi 2 minggu lepas masa aku kat JB, masa dia bosan tunggu aku bersiap di rumah dia buka PS main Winning Eleven dalam kereta. Bila aku dah siap aku try la sambung main. Of course aku pilih Liverpool lwn Man U. Haha. Main hentam ape ntah yang aku tekan, sambil bawak kereta, Asraf ajar aku ape yang nak kena tekan. Main punya main sampai jari aku sakit, penat menjerit dalam kereta bila dapat GOL. Huahuahua. Syok jugak main Winning Eleven ni. Cuma tak puas sebab skrin kecil.


Cerita 2

Aku tak berapa syok sangat balik JB 2 minggu lepas. Mungkin sebab sekejap je kot. Itupun tak sangka dapat extra 1 day sebab aku dah mula masuk shift 4. Cuti Sabtu, Ahad dan Isnin. Alhamdulillah aku dah masuk shift. Tak larat aku nak bekerja setiap hari bangun pagi-pagi dan mengadap jammed, berebut parking, petang pulak nak balik pun mengadap jammed jugak. Alhamdulillah juga sebab shift 4. Ramai sikit budak-budak muda yang boleh aku geng. Nasib baik juga lah ada Huds @ Huda. Lagi best kalau geng-geng lain yang masih training sekarang ni masuk shift sama. Macam nak protes juga lah masa Gene cakap dia cuma nak seorang jer yang masuk shift. Tapi nak buat macam mana, setakat dalam hati jer lah boleh protes.

Cerita 3

Lately ni banyak benda yang buat aku banyak berfikir, memendam rasa, rasa tak puas hati, serba salah, sedih, pedih, pilu. Aku belum dapat luahkan semuanya. Baru separuh aku luahkan pada Asraf masa di JB hari tu. Tapi bukan semuanya pasal aku dan Asraf. Lebih kepada masalah family sendiri. Aku masih mencuba memahami dan menyelesaikannya sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain.

Aku mohon ampun dan maaf sekiranya aku ada terkecilkan hati sesiapa untuk masa-masa sekarang ni. Mungkin aku tak sengaja berkelakuan yang menyebabkan kecilnya hati sesiapa. Aku banyak masalah yang merayau-rayau dalam kepala aku ini sehinggakan tidak perasan sesiapa di sekeliling aku. I'M SORRY!

Cerita 4

Aku dah pandai buat kek! Kek keju! Sebelum ni aku pernah buat kek cokelat je. Tapi aku rasa tak sedap pulak kek yang aku buat ni. Tapi takpe first try memang macam tu kot? Haha sedapkan hati sendiri. Next time aku try lagi. :)


Cerita 5

Aku dapat merasakan sesuatu perubahan dalam diri aku lately ini. Aku menjadi lebih berani berhadapan dengan situasi yang kekok, berani bercakap dengan orang tidak aku kenali, malah marah orang tersebut dimana ada baik dan buruknya. Aku perlu kawal benda tu. Mungkin sebab hari untuk ke 25 tahun itu semakin dekat? Ya....aku akan melangkah ke 25 tahun Sabtu ini.

Masa aku belasan tahun dahulu aku merasakan bila sudah berumur 25 tahun tu, aku perlu lebih ke arah membina karier yang berjaya dan lebih ke arah membina keluarga sendiri. Dan yang penting perlu lebih berfikiran matang. Bukan lagi seorang budak perempuan tapi seorang wanita! Haha macam kelakar pun ada. Tak boleh banyak ketawa sekarang ni. Kena lebih fokus dan serius. Tapi jangan serius sangat. Gila! Hehehe

Aku dah bersedia untuk mengharungi hari-hari yang mencabar pada masa akan datang. Kena perlu lebih berhati-hati dalam merancang dan melangkah.


Cerita 6

Bila tengah bosan di office. Hehe

Bila tengah bosan mulakan aktiviti mengambil gambar. Mula-mula ambil gambar yang di zoom dari jauh.
Secantik mana kamera anda boleh ambil gambar bila di zoom?

Lepas tu amik gambar-gambar orang pasang LCD di office.

Konon-kononnya En. Masrohan nak merasmikan LCD baru tu. Tapi tekan punya tekan tak boleh jugak hidup.

Chandra pula datang kononnya nak membantu menghidupkan LCD itu.

Panjat pula untuk tengok ape yang tak kena. Masih juga tak boleh.

Rupanya LCD tu memang orang yang pasangkan tu belom sambungkan power dia. Hehehe. So tak dapatlah nak merasmikannya. Hehe

Cerita 7

Tahniah kepada Hipo @ Noreen kerana bakal mendapat cahaya mata yang ke-2. Dan Happy belated birthday untuk Ina atau pun di panggil Rina sekarang bila dah pindah NPU. Hehehe. Semoga ko panjang umur dan di murahkan rezeki selalu. Semoga ko juga senang melahirkan cahaya mata yang ke-2 nanti ;) Hadiah nanti aku bagi untuk baby baru eh. Kih kih kih

Thursday, April 9, 2009

Sepintas Sepantas Lalu Lintas

Tiada apa yang menarik untuk sementara waktu ini.

Penat bekerja setiap hari walaupun semalam cuti sehari. Tak cukup rehat lagi. Namun sempat update music playlist di sebelah.

Ingin kongsi lagu Jai Ho (You Are My Destiny) By A.R Rahman & Pussycat Dolls dan If You Seek Amy By Britney Spears.

Lagu Jai Ho membuatkan aku bersemangat nak pergi kerja setiap pagi bila dengar dalam kereta. Akan ku ulang berkali-kali. Lagu If You Seek Amy aku telah jadikan ringtone handphone. Lagu ni 'Banned Song' kat channel V and MTV. Mungkin di sebabkan liriknya atau pun video clipnya. Siapa mahu tengok video clip dia sila ke Youtube.

Esok lepas kerja nak drive terus balik Johor Bahru. Sangat merindukan Asraf dan rumah aku di JB. Tapi sebenarnya lately ni aku amat merindukan Allahyarhamah ibu aku. Setiap malam masih merungut dalam hati sebelum tidur kenapa mesti ibu pergi dulu. Masih tidak percaya pun ada walaupun sudah hampir 3 tahun dia pergi. Bila balik rumah di JB tu rasa seperti dia ada dekat dengan aku. Al-Fatihah.

Doakan aku pergi dan balik dengan selamatnya. Amin..

Saturday, April 4, 2009

Hampir 7 Tahun dan Cinta Monyetnya

Bulan depan 4 haribulan genap lah 7 tahun aku berkasih-kasihan dengan makhluk Allah bernama Khairul Asraf bin Hj. Ruslan Cehhwaahh!

Lelaki yang aku kenal sejak tingkatan 4 ini di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, sangat nakal dan suka mengurat di sekolah dulu. Ya, aku ingat lagi dia menegur aku ketika dia sedang 'usha' seorang awek lain di depan kelas. Sangat nakal kan? Gatal! Haha!

Tak lama lepas itu dia dapat awek yang dia usha ketika itu. Secara kebetulan, awek tersebut kawan baik aku ketika itu. Banyak kali jugak lah aku temankan kawan baik aku tu ber 'dating'. Sehingga satu hari tu diorang di tangkap oleh cikgu. Tapi hukuman dia tak berat mana pun sebab diorang seperti anak murid kesayangan. Yang seorang 'star' bola sepak dan seorang lagi, 'star' bola jaring. Ekekekekeke ;p

Di pendekkan cerita selepas tingkatan 5, lepas SPM kami semua seperti 'lost contact'. Tapi tak sangka aku berjumpa semula dengan Asraf ketika aku bekerja sementara di Parkson, Skudai Parade. Kebetulan ramai kawan-kawan dia kerja di Parkson juga. Tapi ketika itu aku sudah pun berpunya. Siapa nama mamat tu pun aku dah lupa sebab tak serius. Haha.

Asraf ketika itu memang sangat nakal dan suka main-main. Memang belum matang. Hahaha. Dia semakin kerap datang ke tempat kerja aku bersama Bonzer, seorang kawan juga dari sekolah yang sama. Selalu makan tengahari bersama. Kami bertiga lah bukan berdua. Bukan apa, ketika itu pun Asraf masih dengan kawan baik aku tu. Walaupun sudah tak berjumpa tapi sekali sekala aku berhubung dengan dia. Semakin lama semakin aku rapat dengan Asraf. Aku sangat selesa dengan dia walaupun dia suka main-mainkan aku. Ketika itu pun ber 'kau aku'. Kami berkawan baik dan bila saling bercerita, rupanya kami pernah satu sekolah agama yang sama di Taman Tun Aminah. Masa tu darjah 5 kot. Hmmm..

Satu hari Asraf datang mengadu yang dia tak dapat cari kawan baik aku tu (awek dia lah). Kawan baik aku tu seperti menghilangkan diri. Aku cuba contact kawan baik aku tu juga tak dapat. Lama-lama dapat juga contact. Aku pergi berjumpa dengan kawan baik aku tu. Rupanya dia sudah berkawan dengan seorang mamat lain. Banyak benda yang dia cakap dia tak suka pasal Asraf ni di mana ada benda yang aku setuju kerana benda itu betul. Apa bendanya itu? Biarlah rahsia. Hahaha.

Bila aku berjumpa semula dengan Asraf, aku tak ceritakan semuanya. Aku rasa baik diorang bincang dan selesaikan sendiri. Aku tak nak jadi orang tengah. Tak lama selepas itu, kami berkawan macam biasa sehinggalah satu hari dia SMS bertanyakan sudi tak aku menjadi pengganti kepada kawan baik aku tu? Aku sangat-sangat tak sangka yang dia boleh tanya macam tu. Macam-macam yang aku fikirkan. Yang paling aku ingat ialah aku fikir yang dia sengaja nak balas dendam kepada aku sebab telah di permainkan oleh kawan baik aku sendiri. Oh tidakkk...

Aku menguji sedikit untuk menerima dia ketika itu. Aku meminta dia memotong rambut dia yang serabut dan panjang. Aku nak dia kemaskan rambut dia tu sebab aku sendiri rimas tengoknya. Aku ingat dia takkan buat sebab dia memang dah lama nak bela rambut panjang. Lelaki kan biasalah, sepatutnya kemas berambut pendek, nak berambut panjang.

Dengan tidak di sangka-sangka dia datang berjumpa aku dengan satu wajah yang lain. Sangat kemas. Dia potong rambut diaaaa....Dengan masih teragak-agak aku terima dia sebagai 'boyfriend' aku. Cewahhhhhh...Ya, ketika itu kami masih kebudak-budakkan yang tidak ketinggalan membuat satu 'declaration date'. Satu tarikh di mana kami mula menjadi pasangan 'boyfriend and girlfriend' iaitu 4 May 2002. Huahuahua!!!

Untuk pertama kalinya kami 'dating', naik bas pergi City Square JB, tengok wayang cerita Spiderman. Itu lah filem pertama yang kami tengok bersama. Ekekekekeke. Kelakar plak bila ingat balik. Ya, kami dating dengan menaiki bas sahaja pada mulanya. Tak lama selepas itu, bulan Jun dia dapat tawaran ke Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah di Kuantan, Pahang. Aku pula di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat. Mulanya aku tak yakin sangat dengan cinta jarak jauh ni. Tempoh pula 3 tahun. Tapi yakin tak yakin kami teruskan saja dengan pelbagai godaan, pergaduhan dan rintangan. 'Break-up' tu ada la dalam 2 kali je kot. Hehehehe ;p

Kami berjaya teruskan hingga tamat belajar dan mula bekerja di JB. Tapi selepas pemergian ibu tersayang pada 23 Julai 2006, hati aku hancur kecewa dan membawa diri bekerja di KL. Aku berhenti study untuk Degree di UTM Skudai. Dengan berat hati Asraf membenarkan aku pergi. Bercinta jarak jauh lagi lah kami. But we trust each other. Itu yang penting. Dugaan pada masa ini lebih banyak berbanding masa belajar dulu. Mana tidaknya, aku bekerja di KL. KAYELL tuuu...Siapa yang tak risau kannn...Haha! Alhamdulillah aku tidaklah terkena kejutan budaya yang lupakan asal usul dan daratan. Ya lah, masing-masing dah besar dan matang, masing-masing lebih fikirkan yang bukan-bukan. Tapi dalam banyak dugaan tu, sampai ke hari ini kami masih lagi bersama dan semakin bahagia. Alhamdulillah.

Setiap kali balik JB, Abah pasti akan bertanya "Bila lagi Long?". Ayah dan mak Asraf pula bertanya, "Tak nak kerja kat JB ke?". Abang dia pula, "Weh kahwin jer la korang ni. Asyik berkepit je." Siapa yang tak nak kahwin kan. Bercinta dah lama punya macam ni kalau tak kahwin tak tahu lah. Tapi semua tu kita yang rancang. Kahwin ke tidak aku dengan Asraf, semua di tentukan oleh Allah s.w.t.

InsyaAllah jika ada jodoh tidak akan kemana. Doa-doakanlah kami ya! ;) Amin...