Saturday, April 4, 2009

Hampir 7 Tahun dan Cinta Monyetnya

Bulan depan 4 haribulan genap lah 7 tahun aku berkasih-kasihan dengan makhluk Allah bernama Khairul Asraf bin Hj. Ruslan Cehhwaahh!

Lelaki yang aku kenal sejak tingkatan 4 ini di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi, sangat nakal dan suka mengurat di sekolah dulu. Ya, aku ingat lagi dia menegur aku ketika dia sedang 'usha' seorang awek lain di depan kelas. Sangat nakal kan? Gatal! Haha!

Tak lama lepas itu dia dapat awek yang dia usha ketika itu. Secara kebetulan, awek tersebut kawan baik aku ketika itu. Banyak kali jugak lah aku temankan kawan baik aku tu ber 'dating'. Sehingga satu hari tu diorang di tangkap oleh cikgu. Tapi hukuman dia tak berat mana pun sebab diorang seperti anak murid kesayangan. Yang seorang 'star' bola sepak dan seorang lagi, 'star' bola jaring. Ekekekekeke ;p

Di pendekkan cerita selepas tingkatan 5, lepas SPM kami semua seperti 'lost contact'. Tapi tak sangka aku berjumpa semula dengan Asraf ketika aku bekerja sementara di Parkson, Skudai Parade. Kebetulan ramai kawan-kawan dia kerja di Parkson juga. Tapi ketika itu aku sudah pun berpunya. Siapa nama mamat tu pun aku dah lupa sebab tak serius. Haha.

Asraf ketika itu memang sangat nakal dan suka main-main. Memang belum matang. Hahaha. Dia semakin kerap datang ke tempat kerja aku bersama Bonzer, seorang kawan juga dari sekolah yang sama. Selalu makan tengahari bersama. Kami bertiga lah bukan berdua. Bukan apa, ketika itu pun Asraf masih dengan kawan baik aku tu. Walaupun sudah tak berjumpa tapi sekali sekala aku berhubung dengan dia. Semakin lama semakin aku rapat dengan Asraf. Aku sangat selesa dengan dia walaupun dia suka main-mainkan aku. Ketika itu pun ber 'kau aku'. Kami berkawan baik dan bila saling bercerita, rupanya kami pernah satu sekolah agama yang sama di Taman Tun Aminah. Masa tu darjah 5 kot. Hmmm..

Satu hari Asraf datang mengadu yang dia tak dapat cari kawan baik aku tu (awek dia lah). Kawan baik aku tu seperti menghilangkan diri. Aku cuba contact kawan baik aku tu juga tak dapat. Lama-lama dapat juga contact. Aku pergi berjumpa dengan kawan baik aku tu. Rupanya dia sudah berkawan dengan seorang mamat lain. Banyak benda yang dia cakap dia tak suka pasal Asraf ni di mana ada benda yang aku setuju kerana benda itu betul. Apa bendanya itu? Biarlah rahsia. Hahaha.

Bila aku berjumpa semula dengan Asraf, aku tak ceritakan semuanya. Aku rasa baik diorang bincang dan selesaikan sendiri. Aku tak nak jadi orang tengah. Tak lama selepas itu, kami berkawan macam biasa sehinggalah satu hari dia SMS bertanyakan sudi tak aku menjadi pengganti kepada kawan baik aku tu? Aku sangat-sangat tak sangka yang dia boleh tanya macam tu. Macam-macam yang aku fikirkan. Yang paling aku ingat ialah aku fikir yang dia sengaja nak balas dendam kepada aku sebab telah di permainkan oleh kawan baik aku sendiri. Oh tidakkk...

Aku menguji sedikit untuk menerima dia ketika itu. Aku meminta dia memotong rambut dia yang serabut dan panjang. Aku nak dia kemaskan rambut dia tu sebab aku sendiri rimas tengoknya. Aku ingat dia takkan buat sebab dia memang dah lama nak bela rambut panjang. Lelaki kan biasalah, sepatutnya kemas berambut pendek, nak berambut panjang.

Dengan tidak di sangka-sangka dia datang berjumpa aku dengan satu wajah yang lain. Sangat kemas. Dia potong rambut diaaaa....Dengan masih teragak-agak aku terima dia sebagai 'boyfriend' aku. Cewahhhhhh...Ya, ketika itu kami masih kebudak-budakkan yang tidak ketinggalan membuat satu 'declaration date'. Satu tarikh di mana kami mula menjadi pasangan 'boyfriend and girlfriend' iaitu 4 May 2002. Huahuahua!!!

Untuk pertama kalinya kami 'dating', naik bas pergi City Square JB, tengok wayang cerita Spiderman. Itu lah filem pertama yang kami tengok bersama. Ekekekekeke. Kelakar plak bila ingat balik. Ya, kami dating dengan menaiki bas sahaja pada mulanya. Tak lama selepas itu, bulan Jun dia dapat tawaran ke Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah di Kuantan, Pahang. Aku pula di Kolej Poly-Tech MARA Batu Pahat. Mulanya aku tak yakin sangat dengan cinta jarak jauh ni. Tempoh pula 3 tahun. Tapi yakin tak yakin kami teruskan saja dengan pelbagai godaan, pergaduhan dan rintangan. 'Break-up' tu ada la dalam 2 kali je kot. Hehehehe ;p

Kami berjaya teruskan hingga tamat belajar dan mula bekerja di JB. Tapi selepas pemergian ibu tersayang pada 23 Julai 2006, hati aku hancur kecewa dan membawa diri bekerja di KL. Aku berhenti study untuk Degree di UTM Skudai. Dengan berat hati Asraf membenarkan aku pergi. Bercinta jarak jauh lagi lah kami. But we trust each other. Itu yang penting. Dugaan pada masa ini lebih banyak berbanding masa belajar dulu. Mana tidaknya, aku bekerja di KL. KAYELL tuuu...Siapa yang tak risau kannn...Haha! Alhamdulillah aku tidaklah terkena kejutan budaya yang lupakan asal usul dan daratan. Ya lah, masing-masing dah besar dan matang, masing-masing lebih fikirkan yang bukan-bukan. Tapi dalam banyak dugaan tu, sampai ke hari ini kami masih lagi bersama dan semakin bahagia. Alhamdulillah.

Setiap kali balik JB, Abah pasti akan bertanya "Bila lagi Long?". Ayah dan mak Asraf pula bertanya, "Tak nak kerja kat JB ke?". Abang dia pula, "Weh kahwin jer la korang ni. Asyik berkepit je." Siapa yang tak nak kahwin kan. Bercinta dah lama punya macam ni kalau tak kahwin tak tahu lah. Tapi semua tu kita yang rancang. Kahwin ke tidak aku dengan Asraf, semua di tentukan oleh Allah s.w.t.

InsyaAllah jika ada jodoh tidak akan kemana. Doa-doakanlah kami ya! ;) Amin...

15 comments:

mardya ramlee said...

kak long sue!!!
misyuu...smoga hbgn sue n dia hga ke jinjang pelamin n bekekalan hga ke aker hayat...AMIN
~Ferdisha

Putry Sue said...

erk camne leh tau blog ni yek ferdishaa...ehehe masyehh bebeh ;)

mardya ramlee said...

errr..tejumpa scra xsngaja...huhu
same2 ;p
da masa usha2 la blog kte...ngee

rindu dvd said...

haha makin ramai yg tau. sapa promo blog ko ni beb?

simplyME ;p said...

weeeee..wishin kLongSue & abeLong2be oL ze hap-pink-ness & may oL Ur dreamz come thru with eternal blessings fm d Al-Mighty aite! Amen.. big Luvvv xxxhugzxxx =)

Hanney Hanafiah said...

Insyaallah dek, ada jodoh x kemane kan.Satu je akak pesa, kekal kan 'trust' yang ada. Saling respek each other. Pastu x yah fikir2 sgt bab kawin ni, insyaallah sampai masenye nanti mudah aje perjalanan tu Allah tunjukkan.

p/s: Nampak sue macam dah matang sikit. Petanda tu...xlame lagi kawin la tu.. :)

no life said...

sawadikappp....i doakan u gak...muwahhhh...semoga ke jinjang pelamin...;-)

Putry Sue said...

rindu dvd: nanti aku pulangkn dvd ko eh..eheh aku x tau la sape baek ati promot blog aku neh...heheh

adekcu: mekasyeh dear...mwahhhh2

ahkak cem: hikhik tang mane nampaknye matang kite ni eh? segan lak...terkedu pun ade...masyehhh ahkak...akan sentiasa ahdek ingat pesanan ahkak iteww...muahhh

rinidabomb: hehe masyehh dear...same2 la kite berdoa ok untuk kebahagiaan memasing jugeee...ngeee...muahhh

Anonymous said...

jodoh dah ada tu.. teruskan je.. hold lama2 nanti ilang getah..

Hanney Hanafiah said...

ehh a'ah ramai pulak tau, rasa2 kat bloglist akak takde.

jaybeesantekkk said...

hope hubungan korg sampai ke jinjang pelamin.. amin..
xlame lg je 2 sue nk makan nasi minyak sendiri.. =>

Putry Sue said...

Anonymeot: tengah meneruskan ler nii...

Ahkak Cem: tuh ler pasai...hurmm tidak mengapalah jika begitu...hehe

jaybeesantekkk: Mekasyehhhh... ;)

donabez said...

saje nk selit dgn ucapan jgn tggu lame2 nnt lame2 dia dambil org. amin.

Anonymous said...

aiiiiii stusi hehehkisah kite ade psamaan...smgo ko bhgia slalu bsma asraf...aminnnn

capri said...

da dapat blog dieeeeeeeeeeeee..
kakkakakaka
yeyeyah..
tah kenal ke tak tah nih..
uhuuuhuhuh..
moge sampai jodoh cepat ea..
amin amin..
kekkeke..
nyway mishyu myche..