Salam and hai. Hai kat sape? Haha macam ada orang baca je. Wow! Memang lama bebeno aku tak tulis blog ni. Last post October 2011 kot. Hampir 3 tahun! Aku pun tak berapa sure kenapa aku nak cari dan tulis blog ni balik. Pukul 1 pagi pulak tu. Maybe sebab aku tak boleh tidur dan bosan tak tahu nak buat apa lagi. Ngee. Nak tengok tv pun cerita asyik ulang yang sama je. Sigh.
Okay apa lagi aku nak cerita. Yes, aku still kerja shift. Sebab tu aku tak boleh lelap mata lagi ni. Masih kerja Astro. Semalam shift malam then pagi tadi balik tidur sampai petang. Tapi lambat gak la aku tidur tadi. Pukul 11 pagi baru tidur. Tengok movie kat tv.
Bangun, mandi, turun terus ke dapur, termenung nak makan apa. Tetiba teringat satu gambar Instagram ni. Dia makan nasi, telur goreng dengan kicap je. Terliur. Aku pun terus masak nasi. Pastu kepala dok datang idea nak buat telur dadar lain sikit. Amek bawang besar, potong suku. Cili padi. Chicken ball. Hiris bawang. Cili padi dan chicken ball tu potong kecik2. Tumis bawang and cili padi, masukkan chicken ball, sos tiram sikit pastu masukkan telur yg dah dipukul pakai garfu 2 biji. Pastu siap! Aku cedok nasi sikit je sebab biasanya try an error recipe campak-campak ni selalu tak sedap. Cedok nasi letak kicap, pastu amek telur tu, bismillah, makan! Ya Allah! Sedappppppp wehhhh!!! (Hahaha lantak puji diri sendiri) Tambah lagi nasi kata kau! Haha. Kakngah balik bukak je pintu terus cakap "Hmm sedapnya bau"! Ngeh3. Bukan nak bagi salam dulu. Pastu dia dengan husband dia makan. Tinggal sikit je telur tu. Husband aku balik lambat sikit. Aku ingat cukuplah untuk dia sebab dia selalu makan tak banyak. Tapi dia request nak lagi. Terpaksa la buat lagi. Hehe tapi tak kesahlah asalkan dia suka.
Banyaknya dalam fikiran aku lately ni. Paling major sekali pasal rumah. Rumah kami dah siap. Tapi belum dapat kunci. Husband dah call and email developer tapi belum dapat jawapan. Nervous gak la sebab tengok kat group FB taman perumahan kami tu, ramai yang dah dapat kunci. Tapi ada bagusnya kalau tak dapat kunci sekarang ni. Banyak gak duit nak kena pakai masuk rumah baru ni. Bulan ni nak kena renew roadtax. Aduhai. Tapi apa pun kami kusut sama-sama. Syukur alhamdulillah atas rezeki semua ni. Belum rezeki anak je lagi. Hehe.
Okay lah macam nak stop kat sini dulu. Banyak benda nak cerita ni sebenarnya. InshaAllah ada next post. Hihihi.
Bye. Good night :)
Sue
Thursday, September 4, 2014
Friday, October 14, 2011
I Love My Family and My Friends
Nothing to story about. Hanya nak meluahkan rasa betapa sayang dan cintanya aku pada keluarga dan kawan-kawan yang selalu mengambil berat tentang aku. Sangat bertuah dan bersyukur kerana di beri limpahan kasih sayang yang begitu banyak. Ucapan terima kasih mungkin tidak mencukupi untuk aku menunjukkan penghargaan tapi aku sentiasa berdoa Allah s.w.t akan memberikan kesihatan yang baik dan kehidupan yang di redhai untuk setiap insan di sekeliling aku. InsyaAllah.
xoxo ;)
Wednesday, October 5, 2011
Hey hey hey!
En. Suami minta tolong baik pulih blog dia tapi aku dok post blog aku plak. Haha. Dia dok sebelah sambil menjeling. Kbai ;p
Friday, March 4, 2011
Start Blogging Semula
Tepat jam 1 pagi mata aku tiba-tiba segar balik lepas terbangun dari tidur. Tak sedar pulak pukul berapa aku tertidur tadi. Bila dah terbangun tengah malam mcm ni mula la rasa lapar. Tapi nak bangun ambil makanan pun malas. Tapi gagahkan juga pegi dapur minum susu dan makan biskut oreo. Boleh la nak alas perut. Nak masak megi malas.
Tengok facebook dah bosan aku mula rasa nak berblogging semula. Boleh ke? Aku rasa semangat nak blogging semula ni sekejap je lepas tu dah malas balik. Bila dah takda benda nak buat ni baru la rasa macam nak menaip je. Taip je ape yang aku rasa nak taip. Bukan ada orang baca pun kan aku merepek ape pun. Hehe.
Kalau aku terbangun ni, ada orang nak layan aku takpe la jugak. Ni memang takda sapa nak layan aku tengah-tengah malam macam ni. So layan la seorang diri sambil taip ape-ape je yang terlintas dalam kepala ni.
Program tv pulak takda apa yang menarik. Atau mata aku dah tak larat nak tengok tv? Mungkin jugak la. Kalau tengok tv baring atas karpet. Bila baring atas karpet badan mula rasa sakit-sakit. Bila badan rasa sakit mula teringat nak pegi berurut. Tapi mana nak cari makcik-makcik yang pandai urut orang. Tak nak la pegi spa or tempat berurut yang kat shopping kompleks tu sume. Diorang urut tak macam makcik-makcik urut. Tak berkesan dan lagi satu mahal. Haih.
Oklah menaip sikit ni pun dah rasa penat sebab meja ni tinggi la pulak. Bahu dah rasa penat. Ish tengok la aku ni banyak komplen kan. Umur baru nak masuk 27 tapi dah sakit itu dah sakit ini. Bila la nak mula hidup secara sihat. Mungkin juga sebab kurang kasih sayang kot aku ni. Eh, ada kena mengena kah? Hehe ;p

Sunday, July 11, 2010
Dah Tempah Baju!
Bukan tempah baju raye! Kain untuk raye pun tak beli lagi. Rasenye macam tak sempat je kalau nak hantar tempah sekarang ni. Confirm akak tu dah takmo amek tempahan. Mesti dah full. Yang aku dah tempah baju sekarang ni adalah baju untuk nikah ;)
Banyak benda lagi yang aku dah tempah. Duit booking pun dah bayar sikit2. Haish tak sabar pulak nak tunggu big day aku ni. Bukan ape, tak sabar untuk tidak memikirkan benda2 ni sume. Sumenye amatlah memeningkan kepala aku. Semua pun kena buat sendiri. That's why la.
But at the same time aku juga rase amat excited! Tak lame lagi aku akan ade title "Puan" :p

Subscribe to:
Posts (Atom)