Saturday, November 22, 2008

Sejarah Hari Ini

Tak ade yang sejarah sangat pon. Saje tulis tajuk macam tu. Cuma nak tulis, hari ni Birthday Eja. Kawan baik dari kolej. Juga kawan baik kepada Elle, Sha dan Iwa. So, Happy Birthday Eja!!!!

Che Leen pulak kehilangan purse dia mase dekat majlis perkahwinan kawan dia. Dia syak Mak Andam dan pembantunya (aku pun syak diorang). Yela, mengikut cerita Che Leen, Mak Andam dengan pembantu dia je yang ada kat dalam bilik pengantin tu. Kesian Che Leen. Nasib baik ada RM80 jer kan dalam tu. Kalau RM800 mahu Che Leen ikut Mak Andam tu balik rumah. Hehe

Esok Iwa berkahwin. Macam tak sangka plak antara kitorang dia yang kawen dulu. Tapi apa pon tahniah Iwa. Sorry la sebab tak dapat nak datang majlis ko sebab aku tak dapat kad. Erk salah, sebab aku kena kerja hari ko kawen. Aku wakilkan Elle, Sha, Eja n Che Leen jer la ye. Hehe. Tahniah buat ko dan suami. Hadiah postpone yer. hik! ;)

Eja dan Iwa ketika di hari pertunangan Iwa

Happy Birthday Aqil Syahmi!

Aqil Syahmi bin Shamshul Anuar, anak saudara Asraf yang kedua, telah pun mencecah umur setahun pada 13 November yang lepas. Abg Ngah (abg Asraf) dan Kak Zehan (isteri Abg Ngah) telah mengadakan majlis hari jadi untuk Aqil pada 15 November yang lepas dan Asraf di upah menjadi jurukamera tak bertauliah pada hari tersebut ;)

Aku jer yang tak dapat nak datang majlis tu sebab aku kerja. Hurmm sedih gak la sebab aku memang banyak terlepas majlis2 yang berlangsung kat JB tu. Tapi tak ape, insyaAllah aku akan pulang untuk menyambut Hari Raya Haji bulan depan. Nak cuti puas-puas!!

Hadiah dari Pokde dan Aunty Sue

Aku kalau balik JB mesti aku nak sangat jumpe dengan anak-anak saudara Asraf ni. Bukan ramai pun, ada dua orang jer. Seorang lagik Wahfiy, anak abang Asraf yang sulung iaitu Abg Long dengan Kak Ros. Wahfiy ni la yang paling nakal sekali. Aqil lak suka gelak. Dah la pp tembam montel. Geram aku. Adeh rindu plak dengan diorang. Wahfiy, Aqil, tunggu ye Kak Sue ni balik JB. Ehhh Kak Sue ke Anty Sue ek? Macam tua sangat jer rasenye bile di panggil Anty ni. Hehehe

Si Wahfiy yang nakal

Si Aqil yang suka gelak

LEVIS Pertama

Aku tak ingat tahun bila tapi kalo tak silap aku mase aku memula kapel ngan Asraf la, tahun 2002 la kot, dia ada belikan aku sepasang jeans Levi's. Itu lah Levi's pertama aku dan dia yang belikan. Oh sebenarnya memang aku tak pernah beli Levi's pakai duit aku sendiri. Actually aku tak banyak jeans pon kalau nak di bandingkan dengan kawan2 aku yang lain. Tak lebih dari 5.

Untuk mase sekarang la. Mase aku belajar dulu2 ada la. Masa belajar dulu beli jeans BUM jer la. Time tu popular BUM jer lagi pun itu jer yang aku mampu. Sekarang dah tak pakai. Aku pakai ape yang ade aje. Eh, back to the main story. Seluar Levi's pertama aku ni telah pun koyak! Koyak di bahagian lutut. Mula2 koyak kecik jek aku tak kesah sangat la.

Mase mula2 koyak kecik tu aku bgtau Asraf pastu dia kate, "Oklah nanti dapat bonus abang belikan yang baru" yeay!! Terseyum lebar la aku mase tu. Dia memang dah lame tak belanje aku jeans pon. Lepas tu tadi mase kerja aku punya tak reti dok diam la kan, kejap melunjur kejap bersila kejap bersimpuh. Mase ade satu mase tu aku nak bengkokkan kaki aku bunyi "prap" (bukan Frapp) pehh makin meluas koyak dia. Nak menangis pon ada. Nak menangis tu sebab sedih la jeans pertama aku tu dah koyak tapi tak nangis pon sebab cam kelakar pon ada. Rase cam rock plak. Aku gelak sorang2. Hehehehe

Lepas tu bila aku masuk surau, ada sorang minah ni dia tengah makan keropok nampak aku masuk terus pelawa "Makan...." hehe aku senyum je la. Ada ke makan dalam surau? Pegi la kat pantry. Mase dia pelawa tu sambil dia tengok seluar aku, terus muka dia berubah. Mesti dalam hati dia, "Minah ni rock2 pon masuk gak surau ek" Keh keh keh

Semasa koyak kecil-kecilan

Setelah koyak besar-besaran

Ada gak kegunaan seluar koyak kat lutut ni. Boleh buat stand handphone bila sedang 3G. Huahuahua

Friday, November 14, 2008

Maafkan Aku Sekiranya Aku Salah

Maafkan aku. Lately ni aku rase aku dalam keadaan yang tak menyihatkan. Bukan badan aku tak sihat ke atau aku demam. Keadaan aku sekarang agak kucar kacir. Memanglah korang tengok aku macam biasa, macam tak ade masalah, boleh bergelak ketawa macam biasa tapi aku seorang jer yang tahu ape yang terbuku dalam hati dan kepala kusut aku ni. Aku tak boleh nak bercerita semuanya di sini.

Aku minta maaf sekiranya aku ada terlupa apa-apa yang patut aku buat tapi aku tak buat. Aku mengaku aku memang cepat lupa. Aku selalu lupa apa yang aku perkatakan semalam, kelmarin dan minggu lepas. Tapi tak semualah aku lupa.

Seriously aku memang tak boleh orang yang dah biasa berbual dengan aku, baik dengan aku tiba-tiba dia lain dengan aku. Tiba-tiba dia cakap dengan aku macam nak tak nak, ketawa pun ketawa tak ikhlas, cakap pun ape yang perlu jer. Bila aku tanya baru dia jawab. Aku ada buat salah ke? Aku ada menyinggung perasaan ke? Maafkan aku sekiranya aku salah. Maafkan aku sekiranya aku terbuat benda yang tak sepatutnya aku buat. Maafkan aku sekiranya aku tercakap ape yang tak sepatutnya aku cakap. Aku memang macam ni. Aku akan cepat terasa bersalah. Aku tak suka orang ingat aku macam bagus.

Okeylah maybe semua tu hanya perasaan aku jer. Mungkin orang lain pon ade masalah yang perlu di fikirkan dan tak nak bgtahu. MAYBE... (itu ayat biasa untuk nak sedapkan hati aku) Tapi kalau boleh berterus terang saje dengan aku sekiranya aku ada buat salah. Kalau tak nak berterus terang pun buat lah satu petunjuk yang aku memang salah.

Kepada semua yang membaca, maafkan aku juga sekiranya aku ada salah kat korang eh.

Yang ikhlas,

Sue

Thursday, November 13, 2008

Bila Off Day!

takde ape aku buat bila off day. nak keluar dating, Asraf jauh. so nothing to do, tv is my best friend ever! (Ops! selain tidur...hehehe) Nak tau ape yang aku suka tengok? Tengok jek gambar-gambar ni.....

Awan Dania & Renjis










aku paling suka sitkom FRIENDS ni. Aku pernah tengok dari mula sampai episod last tapi aku tak boring bila tengok lagi dan lagi. hehe ;p