Raya tahun ni agak bermakna juga bagi aku walaupun tak semeriah seperti 2 tahun sebelum sebelumnya...tahun ni aku dapat juga menyambut hari raya di JB lepas 2 tahun berturut2 aku bekerja di hari raya pertama...sudah tentunya aku sangat happy...raya kali ni aku dapat belajar nganyam ketupat...Kakngah yang ajar...hehe
Pagi raya seperti kebiasaannya kami akan menziarahi pusara..kami pergi selepas solat Subuh lagi untuk mengelakkan jem teruk yg kebiasaannya terjadi di pagi raya di Tanah Perkuburan Bukit Alif..sejak 2 tahun lepas kami akan menziarahi 2 pusara 'Zaharah' iaitu arwah nenek aku (mak kepada Abah), dan arwah ibu aku...kedua2nya bernama Zaharah..sayu aku tengok Abah menangis sambil membaca doa di pusara arwah ibu... :(
Balik dari menziarahi pusara tu Abah dengan Emy terus bersiap2 untuk ke masjid untuk solat raya...aku dengan Kakngah pulak sebok di dapur menghidangkan hidangan yang biasa kami makan di pagi raya iaitu, ketupat, kari ayam, kuah kacang, kuah lodeh, dan rendang daging..setiap tahun hidangan yang macam ini la sangat aku nantikan...nyam nyam! tapi kuah kacang arwah ibu tetap the best! Abah punya kuah kacang lain sikit...tapi tetap sedap...
Dalam tengahari tu Asraf datang beraya ke rumah aku...dia pakai baju melayu kaler pepel siap sampin lagi tanpa songkok...hurmmm kurang tampan...ekeke lepas tu dia nak bawa aku pergi beraya rumah dia pulak...aku pakai kebaya pink...masuk jer kereta, "Balik nak tukar baju melayu kaler macam baju sayang...papa ade baju melayu kaler pink!", dia kate..aku gelak sambil besarkan mate...aku dah agak dah...haha...sampai jer rumah dia, terus dia pergi bilik mak dia cari baju melayu papa dia yang same kaler macam kebaya aku...dia tak nak beritahu mak dia, takut mak dia marah...dia tukar senyap2...bila dah pakai dia keluar, mak dia nampak, "Laaa ude tukar baju ke??!" Asraf sengih2 jer...pastu dia cakap dengan aku, "Nak tau tak mama cakap ni baju kaler belacan!" hahaha...pastu dia amek plak sampin yg kena dengan baju tu dia pakai...aku cakap, "Kalau abg pakai sampin kat luar lepas tu pakai songkok, pehhh bleh jatuh cinta lagi sekali la sayang mcm ni" saje aku usik dia...pastu dia cakap "Alaaa abg mane ade songkok...dah 5 tahun tak beli songkok ni"...heheh aku angkat bahu jer...lepas tu dia nampak songkok adik dia si Paiz terus dia amek...dia pakai, "Dah jom amek gambar!" hehehehe
Gambar2 kat bawah ni mase di rumah aku dan di rumah Asraf...
posing sebelum solat raya
konon manja la pose mcm tu ;p
sebelum sedondon
selepas sedondon
mcm baru lepas tunang ke? tak kann...hehe ;p
dengan Fiza, sepupu Asraf
muka riang di hari raya
dengan sepupu2 dan adik2 Asraf
me, cik Normah (mak Asraf) & Asraf
Azi (adik bongsu Asraf) , me, cik Ruslan (ayah Asraf), cik Normah, Asraf & Paiz (adik Asraf yg second last)
Kakngah, Emy & Abah
6 comments:
camne nak ajak..kang ade org marah saya...sobsss..hehehe...jumpa bila i balik nanti k??...kita jalan2 lagi...muwahhh..da rupa cam minik org da...syukur laa...hehehe
selamat hari raya, al fathihah to ur mom.
alaaa nampak cam minik orang ke i ni? uuuwwwaaaa!!
zariham...selamat hari raya! tq!
cantik x blog baru saya???...lalalala
cantikkk banget blog u... :)
Post a Comment