Sorry la lambat update. Bukan ape, perangai malas aku ni menjadi2 plak sejak balik dari bercuti hari tu. Tapi sebab dah janji, so aku pun merajinkan diri gak la menulis dan menepek gambar-gambar ape yang patut. Takkan nak tepek semuaaaaa kan... muehehehe..
Ini adalah antara aktiviti-aktiviti aku semasa bercuti 15 hari:
Perkelahan di Sungai Congkak
Aku start cuti 26 November. 28 November baru aku gerak balik JB. 26 tu aku menjoinkan diri aku dalam aktiviti perkelehan yang telah di rancang beberapa minggu sebelumnya oleh Bonez. Aku, Bonez, Rini, Arab, Bai, Dehe, Wanie, Adik-adik Wanie, Pesal, Epa dan Adik-adik Epa yang telah menjoinkan diri untuk berkelah di Sungai Congkak. Best la jugak tapi airnya yang sejuk sungguh tidak tertahan. Mampu bertahan beberapa minit saja, lepas tu sudahhhhhh.
Reunion 4 & 5 Kejuruteraan Elektrik Tahun 2000 & 2001
29 haribulan pulak aku ada Reunion Kelas tingkatan 4 & 5 Kejuruteraan Elektrik ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi. Tak sangka ramai yang datang. Dapat lah aku kenal balik muka-muka yang sama kelas dengan aku dulu. Yaaaa seperti yang aku jangkakan aku memang tak dapat mengingati semua nama diorang. Aku ingat nama perempuan je sebab perempuan tak ramai dalam kelas aku. Yelaaa nama pon kelas Elektrik. Mesti lah ramai lelaki kan. Kitorang bertemu semula di Restoran Singgah Selalu setelah 7 tahun tak tahu khabar berita. Seorang jer yang dah berkahwin iaitu Zahid tapi dia tak dapat bawa isteri dan anak dia. Tak di ketahui kenapa. Hurmmm masih nakal masa kat sekolah dulu. Ape-ape pun, it's fun! Hope to see you guys next reunion ;)
Bercuti Di Batu Layar
Lepas jer reunion tu kitorang terus ke Batu Layar. Saje nak merehat-rehatkan diri di tepi pantai. Aku memang teringin dah lama sangat nak main air pantai. Dapat gak main-main air pantai. Air pantai kat situ tak la sejuk bebenor macam kat sungai congkak hari tu. Nasib baikk! hehe
Make Up My Baby Black ;p
Mase on da way balik dari Batu Layar kitorang jalan-jalan kat Kota Tinggi dan beli beberapa barang untuk lampu kereta. Asraf la ni yang telah mempengaruhi aku. Hehe. Asraf belikan cover lampu depan and dia suruh aku beli sendiri cover lampu belakang. Hoh! Lepas tu pegi plak buat no. plat keta. Entah la kenapa tiba-tiba aku rasa nak tukar. Then, berangan nak tukar rim plak bila dapat bonus ni. Hehe nanti dulu la. Rase macam tak cukup lagi la ;p