Perkelahan di Sungai Congkak
Aku start cuti 26 November. 28 November baru aku gerak balik JB. 26 tu aku menjoinkan diri aku dalam aktiviti perkelehan yang telah di rancang beberapa minggu sebelumnya oleh Bonez. Aku, Bonez, Rini, Arab, Bai, Dehe, Wanie, Adik-adik Wanie, Pesal, Epa dan Adik-adik Epa yang telah menjoinkan diri untuk berkelah di Sungai Congkak. Best la jugak tapi airnya yang sejuk sungguh tidak tertahan. Mampu bertahan beberapa minit saja, lepas tu sudahhhhhh.
Reunion 4 & 5 Kejuruteraan Elektrik Tahun 2000 & 2001
29 haribulan pulak aku ada Reunion Kelas tingkatan 4 & 5 Kejuruteraan Elektrik ketika bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi. Tak sangka ramai yang datang. Dapat lah aku kenal balik muka-muka yang sama kelas dengan aku dulu. Yaaaa seperti yang aku jangkakan aku memang tak dapat mengingati semua nama diorang. Aku ingat nama perempuan je sebab perempuan tak ramai dalam kelas aku. Yelaaa nama pon kelas Elektrik. Mesti lah ramai lelaki kan. Kitorang bertemu semula di Restoran Singgah Selalu setelah 7 tahun tak tahu khabar berita. Seorang jer yang dah berkahwin iaitu Zahid tapi dia tak dapat bawa isteri dan anak dia. Tak di ketahui kenapa. Hurmmm masih nakal masa kat sekolah dulu. Ape-ape pun, it's fun! Hope to see you guys next reunion ;)
Bercuti Di Batu Layar
Lepas jer reunion tu kitorang terus ke Batu Layar. Saje nak merehat-rehatkan diri di tepi pantai. Aku memang teringin dah lama sangat nak main air pantai. Dapat gak main-main air pantai. Air pantai kat situ tak la sejuk bebenor macam kat sungai congkak hari tu. Nasib baikk! hehe
Make Up My Baby Black ;p
Tengok Wayang
Aku dah tengok cerita Twilight ni. Not bad. Nasib baik aku ni jenis layan semua cerita apa-apa pun. Yang bad nya aku bergaduh dengan Asraf time tengok cerita ni. So mane yang pernah bergaduh time tengok wayang tu tau lah kan macam mana keadaanya time tu. Hehehe ;p
Karaoke
Menyambut Aidil Adha
Hari Raya Haji tahun ni memang hari makan, makan dan makan aku. Dah la hujan seharian. Memang duduk kat rumah jer la. Dah duduk kat rumah tu mesti la tak tahu nak buat apa selain makan dan tidur kan? Keluar pun pergi ke rumah Asraf dan rumah atok dia. Dah lah abah masakkan makanan favourite aku. Pehh makan berapa kali pun aku tak ingat lah. Dah la sekali makan tu aku amik macam untuk makan berdua. Adik aku pun terkejut tengok aku makan dengan banyak. So, dats why la aku tak kurus-kurus kan. :(
Makan dan Makan
Mase kat JB memang aku langsung tak berdiet. Tak boleh nak diet. Asal keluar jer semuanya nak makan yang sedap-sedap. Mana boleh aku tengok je kan? Dah lah makan ni kekadang macam hobi aku gak la. Hoh!
3 comments:
sob sob, behnyer die cuti siap piknik2 bagai..kite gak x pi piknik2 ni ;p
kalo cem cuti hari tu mmg nak ajak.. tapi cem keje.. kite dah x same sip lak.. sob sob.. pas ni dah x same dept.. uwaaaa!!
kate nak g watefol same ngan aku...sobsss....
Post a Comment