Thursday, January 8, 2009

UNICEF

Ok terus terang aku tak pernah dengar pasal benda ni sampai la tadi mase aku dan Elle sedang membeli-belah di Carrefour Wangsa Maju tiba-tiba datang seorang perempuan ni sambil tersenyum mesra sambil speaking BI suruh kitorang tunggu dan dengar sekejap. Dia cakap dia bukan jual ape-ape pon. Lepas dia tanye nama kitorang dia tanya, "Orang melayu ke?" Kitorang gelak sambil angguk. Lepas tu dia pun gelak sambil beritahu dia speaking tadi sebab dia ingat kitorang orang cina. Boleh? Haha. Then dia terangkan pasal UNICEF ni.

Ok, ape yang aku faham UNICEF ni adalah persatuan yang membantu kanak-kanak malang di seluruh dunia ni. Membantu kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa, tempat tinggal, keperluan untuk bersekolah, kanak-kanak yang menghidap HIV/AIDS, dan juga membantu kanak-kanak di PALESTIN yang telah di serang ISRAEL yang kejam!! :'(


Aku rasa masa kita lahir bila dah beberapa bulan kita mesti di bawa berjumpa doktor dan mendapat suntikan kesihatan, walaupun aku tak tahu suntikan apa dan untuk apa tapi aku rasa mesti ada kan? Kalau yang dah jadi mak ni mesti tahu. Ingat tak masa kita sekolah dulu kita di kenakan suntikan? 2 atau 3 kali kan kita di kenakan suntikan? Kita ada lagi macam-macam checking, macam check gigi la, mata la dan macam-macam lagi. Tapi itu pun ada yang mengelak dan tak mahu langsung. Kanak-kanak yang miskin ni langsung tak berpeluang tapi mereka amat memerlukannya.

Ok, dengan menderma melalui UNICEF ni kita juga membantu kanak-kanak yang memerlukan ini mendapat suntikan-suntikan kesihatan seperti kita juga. Jika tidak, seramai lebih kurang 20 000 kanak-kanak mati setiap hari di seluruh dunia.

Kita juga membantu mereka, pihak-pihak yang tertentu untuk menyediakan kemudahan bagi mereka yang susah ini seperti persekolahan mereka. Mendirikan sekolah, keperluan barang di sekolah, baju sekolah mereka, alat tulis, dan pelbagai lagi kemudahan untuk mereka berpeluang bersekolah seperti kita semua. Bila di fikir-fikir balik betapa bertuahnya kita hidup mewah. Kalau kita fikir kita tak cukup duit setiap bulan, kita sesak, kita susah, sebenarnya ada yang lagi susah.

So, bersyukurlah apa yang kita perolehi sekarang ni. Hilangkan sifat tamak dan boros kita tu. Masa aku di terangkan tentang benda ni, dalam kepala aku dah terbayangkan semasa aku makan sedap-sedap seperti McD, Kenny Rogers, KFC, Secret Recipe, dan macam-macam lagi. Dah lah makanan mahal-mahal kan. Apa kata mana yang nak MEMBOIKOT barang, dan makanan dari ISRAEL tu, mesti ada duit lebih kan? Cuba lah di salurkan ke atas kanak-kanak malang ini melalui UNICEF. Pahala pun dapat. :)

Selain daripada itu, kita juga membantu kanak-kanak yang menghidapi HIV/AIDS. Ramai kanak-kanak yang tidak bersalah dan naif sering di hidapi penyakit musuh dunia no. 1 ini. UNICEF ni tak menerima sebarang duit cash. Ia potong dari kad kredit atau pun Maybank akaun kita. Aku memang tak ada kad kredit so aku menggunakan Maybank akaun aku.

Ya! Aku amat-amat ingin membantu kanak-kanak malang di seluruh dunia ini daripada dulu lagi cuma aku tak tahu bagaimana. Bila dah ada peluang begini aku tidak melepaskan peluang! Walaupun aku membantu hanya sedikit sangat tapi aku rasa aku perlu membantu daripada tak membantu langsung kan?

Memang tak banyak, sehari hanya RM1.26 sahaja!! Sebulan hanya RM38!! Aku rasa amat berbaloi kalau kita menggunakan duit yang tak sampai RM40 tu untuk membantu kanak-kanak malang di dunia ini dari kita membeli baju, seluar, barang make-up dan makan makanan yang mahal-mahal? Jika korang rasa mampu dan ingin memberi lebih, korang juga boleh menderma sebanyak RM1.92 sehari iaitu RM58 sebulan.

Oh ya, kita juga akan di berikan statement setiap bulan dan kita boleh klem dari di kenakan cukai. Ya! Tapi aku kurang jelas pasal cukai ni sebab aku sendiri belum pernah bayar cukai. Ahaks! Habis kantoi.

Jika korang juga ingin keterangan lanjut dan ingin menderma seperti aku sila la ke laman web UNICEF atau pun ke UNICEF Malaysia. Kalau korang nampak ada banner pasal UNICEF ni kat mana-mana pon korang terus lah bertanya pada orang yang berkenaan di situ macam mana korang nak membantu. Sama-samalah kita membantu mereka yang susah ini. Ingatlah mereka yang malang ini ketika kita bergembira dan dalam kehidupan yang senang dan mewah. InsyaAllah, semoga niat murni aku dan korang semua yang ingin membantu ini di berkati dan rahmati olehNYA. AMIN.


Aku telah pun memulakan langkah, korang bila lagi? Hehe :)

0 comments: