Monday, February 2, 2009

Vokalis-vokalis Comel

Vokalis Bunkface yang comel.

Semalam adalah hari cuti yang aku keluar rumah. Aku pergi juga ke Astro Fest 2009 selepas tolak bahagi tambah darab macam malas nak pergi. Macam rugi pulak tiket yang ada ni kalau tak pergi. Nak bagi kawan-kawan yang lain dah terlambat pula. Lagi pun aku di amanahkan oleh Ina untuk bagi satu tiket pada Bai. So aku memutuskan untuk pergi dan lagi tiga tiket tu aku ajak adik Asraf, Paiz dan aku suruh dia bawa 2 orang kawan dia.

Aku bertolak dari rumah pukul 3.30 petang. Cuaca yang mulanya agak elok di rumah aku mula hujan lebat bila dah sampai Bukit Jalil. So berjalan lah aku di dalam hujan yang lebat.

Dengan perut yang lapar aku terus bawa Paiz dan kawan-kawan dia cari makan. Ya bila sampai tempat yang hendak di tuju, YA ALLAH! Ramainya manusia bila dengar ada makanan FREE! Nak makan kena beratur dan satu lagi nak duduk pun dah tak ada tempat. Aku tak kisah lagi bila kena beratur nak amik makanan, yang aku geramnya manusia-manusia yang telah habis melantak pun boleh pulak tak nak bangun bagi yang lain pulak nak duduk nak makan. Bila di tanya kerusi-kerusi kosong tu ada orang nak duduk ke tak, diorang cakap "Ada orang ada orang". Ok fine lah, tapi bila aku dah berdiri dalam 20 hingga 30 minit pun still tak ada orang yang duduk di kerusi-kerusi kosong tu. Last-last aku makan berdiri sebab dah tak tahan sangat lapar.

Nasib baik hujan dah berhenti boleh aku berjalan-jalan cuci mata dengan Rini. Tengok show Bunkface nyanyi lagu Situasi. Comel gila vokalis dia. Lepas tu lepak dalam office moderator kejap sebab Rini dah nak masuk kerja malam. Aku temankan Rini sekejap sebab Faizal lambat sikit.

Dalam pukul 8 lebih aku terus juin Elle dan Achong berdiri belakang pentas. Ramai jugak artis yang lalu lalang belakang pentas tu. Ada Sarimah, Aaron Aziz, Bunkface, Meet Uncle Hussein, Arash Mohamad, Tam (GAIA). Tam tu la paling banyak lalu lalang aku rasa. Dan aku rasa dia nak tengok Achong sebenarnya. Wakaka!

Vokalis Bunkface tu siapa nama dia eh? Comel gila muka dia. Badan pun kecil je. Tapi yang aku dan Elle tak sangka vokalis MUH (Lan) pun kecil je orangnya. Tak la kecil macam vokalis Bunkface tu tapi dia tak tinggi. Elle lagi tinggi dari dia. Tak caya tengok gambar yang telah di lampirkan. (Atas permintaan orang yang dalam gambar tu jugak) Hahaha!

Itu jer gambar yang aku amik semalam. Gambar aku dengan Elle pun tak amik. Macam tak ada mood nak bergambar pulak semalam. Sebab hujan kot. Tapi aku rasa ada gambar aku dalam kamera Bai dan handphone Rini. Nanti aku nak eh gambar dalam kamera korang tu. Tengkiu! Aku memang tak nak bergambar dengan Lan MUH tu. Sebab tak minat MUH. Asraf minat la band-band underground ni. Kan dah frust bila tahu MUH ada. Hehe.

Hari ni cuti lagi sebab Hari Wilayah tapi aku tak pergi mana-mana pun. Duduk je dalam rumah diam-diam. Dengan gaji basic untuk 3 bulan ni baik aku berjimat mana yang patut. So, Selamat Hari Wilayah dan selamat duduk rumah Sue!!

2 comments:

YatiAhmad said...

beb..
mwahhhh2..
mis u!!
samat ari wilayah...
slmt mengenjoykan diri becuti dihari2 public n wiken...pas ni da payah ko nak cuti wiken n public..huhuhuhu..

Aisha said...

eL memang senyum gedik huhuh