Tuesday, November 10, 2009

Manipulasi

Bosan. Sedang bosan tak tahu nak buat ape. Sambil tekan-tekan remot Astro mencari-cari cerita yang menarik untuk di tonton sambil itu aku terfikirkan seseorang. Actually beberapa orang. Orang-orang yang di sekekeliling aku. 

Kenapa masih ada orang yang suka memanipulasi. Im not sure the exactly maksud manipulasi ni tapi aku tahu bagaimana manipulasi ni terjadi. So, if i wrong, betulkan aku ok! 

Baru-baru ni aku melihat sendiri bagaimana seseorang itu memanipulasi dirinya sendiri. Seperti memalukan diri sendiri pun ada. Mungkinlah dia sendiri tidak sedar yang dia sebenarnya sedang memalukan diri sendiri. Bila dia memalukan diri sendiri sebenarnya bukanlah diri dia sahaja malah keluarga dia juga. Sungguh kebudak-budakkan. Sedangkan dia sudah pun mempunyai hidup yang boleh dikatakan menjadi impian aku. Mempunyai suami dan mempunyai anak. Secara tidak langsung mempunyai keluarga yang boleh membahagiakan. 

Bersyukurlah, berdoalah, berpandangan baiklah kepada orang lain. Aku mengaku aku bukanlah yang tebaik tapi aku tidaklah sampai menghebohkan kepada orang lain yang aku ini jahat. Aku percaya semua manusia melakukan kesilapan tetapi aku juga percaya yang manusia juga boleh berubah. Jika tidak pedulikan perasaan orang lain, at least jagalah nama baik suami dan keluarga. Berhentilah memanipulasi orang lain dan diri sendiri.