Friday, September 26, 2008

Shopping Raya!!

Ampang Park
Semalam petang pergi Ampang Park dengan Elle. Cari kasut raya. Kitorang masuk kedai kasut yang last kitorang pegi masa cari kasut untuk perkahwinan Cem kat Dewan Perdana bulan 5 yang lepas. Mata aku focus pada kasut warna pink dan purple jer. Dapat satu aku try. Hurm nice! Elle cakap comel. Hehe. Elle lak try kasut yang dia nak sangat beli mase kahwen Cem ari tu. Dia tak dapat nak beli time tu sebab bajet dah lari. Kali ni dia try betul2 dan dia kompiden kasut tu memang kena ngan baju2 raya dia yang vouge tu. hehe.. Try punye try dia beli gak kasut tu. Dia tanye kat amoi kedai tu "Ada saiz 7 tak?" Amoi tu balas, "Saiz 7, u pakai besar la. U dah pernah try dulu besar." Elle pandang aku, aku pandang Elle then kitorang gelak. Tak sangka amoi tu ingat muka Elle yang pernah try kasut tu bulan 5 yang lepas. Kira 4 yang bulan lepas la kan. Memang tajam ingatan amoi comel tuh. Dia pun senyum jek tengok kitorang gelak.. hikhik.. Aku lak nak beli tapi cash tak ade. Duit belum cucuk sebab tunggu gaji masuk. Aku dah aim satu kasut kaler pink seakan2 purple. Lepas jer tanye Rini yang kat opis gaji dah masuk belom aku terus jer gi cari ATM machine sebab nak keluarkan duit nak beli kasut aku itu. heh.

Elle's

Mine

Alamanda

Hari ni aku pergi Alamanda lak sorang2. Saje jer nak membazirkan duit lagi. Aku dah lame sangat teringin nak tukar purse aku. So aku tetibe teringatkan Sembonia. Pergi Alamanda, Sembonia memang tengah sale gile2. Dah lah ramai gile orang. Aku tengok ramai orang perempuan. Yelah aku pergi time solat Jumaat. hehe. Lagi2 masuk kedai kasut Vincci, Nose, Nichii memang ramai sangat orang tengah try kasut. Sampai aku nak try kasut pun tak dapat. Sempit gile nak berdiri di tengah2 orang ramai tu. Pergi Nichii baru tak ramai sangat orang sebab kasut kat situ tak banyak sangat. Akhirnya aku beli gak satu purse Sembonia dan satu kasut Nichii. Hehe. Kasut lagi! Adoyaiii

Jusco

Lepas ke Alamanda aku terus pergi Jusco pulak sebab nak pos raya jer sebenarnya dan bayar duit internet bulanan. Lepas tu jalan2 lagi termasuk kedai Body Shop plak. Gatal plak aku ni nak try pakai Body Scrub. Akak promoter Body Shop tu bersungguh2 promot Body Scrub tu. Aku memang dah lame nak beli Body Scrub. Lepas tu aku try bau satu2 Body Scrub yang ade, aku berkenan dengan bau bunga Moringa name dia. Sedap bau dia. Pastu aku beli dengan lotion dia sekali sebab bau dia memang sedap. Aku suka. Then bila di jumlahkan barang2 tu, si akak promoter tu kate kalo aku beli barang lagi cukupkan lagi RM8 aku bleh dapat member card The Body Shop. Aku pun amikkan la sarung tangan yang memang untuk scrub badan tu warna pink. hehe so dapatlah aku member card tu. Membazirkan aku ni kawan2....kih kih kih

Thursday, September 25, 2008

Need A Bed!

Nak katil.....nak tilam baruuuu....

Kalau boleh nak yang macam ni...

atau macam ni ke...

tak tau lah kenape sekarang aku suka sangat dengan butterfly, pink and purple! Amat menceriakan aku... :)

Air Mata Syawal

Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Wednesday, September 24, 2008

Jalan Masjid India

Fuhhh penat malam tadi berjalan di Jalan Masjid India. Aku pergi berdua dengan Darini yang aku panggil Rini. Aku sampai agak lambat ke rumah dia dalam pukul 6 lebih macam tu, then ingat takkan sempat punya lah nak sampai KL berbuka dekat sana sebab jalan confirm jam teruk. Rini singgah isi minyak di Petronas then dia belikan air kotak milo untuk aku dan air kotak ribena untuk dia untuk kitorang berbuka dalam kereta kalau tak sempat sampai ke kedai makan bila tiba waktu berbuka nanti. Tapi bila dah dah bergerak tu, jam tak ada lah seperti yang kami sangkakan. Dalam kitorang tak sedar berbual sepanjang perjalanan tu kitorang pun sampai di Jalan Masjid India. Then kitorang terus bergegas ke Semua House berbuka dekat food court situ jer. Lepas berbuka kitorang terus lah berjalan-jalan di Jalan Masjid India tu sambil cuci mata sambil cari barang yang boleh kami beli. Aku call Kakngah tanye dia nak tudung tak? Dia cakap, "Nak! Nak! Nak!" dengan happy dan senang hati lagi. Dia siap MMS gambar baju dia untuk tunjukkan colour baju dia dan menyuruh aku belikan dia tudung yang match dengan baju dia. Dia kate macam colour hijau tahi lembu. Aku gelak! Aku mane lah pernah tengok tahi lembu secara live! Lepas tu malas nak panjang cerita aku belikan jer tudung hijau yang aku rase macam match dengan baju dia dengan harga RM20. Hurmm murah!! Lepas tu aku belikan satu lagi tudung colour hitam, in case kalau tudung tu tak match dengan baju dia, bolehlah dia pakai tudung hitam ni. Yang tudung hitam ni harga dari RM45 aku mintak kurang sampai RM30. Aku suka tudung hitam ni sebab kerawang dia cantik tu yang aku minat. Aku tanya orang tu, "Ni tudung bawal ke?" Dia kate, "Haah ni tudung bawal Kelantan, bawal satu". Aku angguk jer lah sebab aku bukan tau sangat pun jenis-jenis tudung bawal ni.

Then kitorang jalan-jalan lagi aku beli plak brooch colour hijau untuk adik aku dan putih untuk aku. Mase kat kedai brooch tu aku ingatkan yang warna putih tu pink sebab nampak macam pink. Sekali balik rumah tengok terang-terang colour putih. Nasib baik putih so boleh la match dengan ape baju colour ape pun kan. Aku ingat nak buat brooch baju kebaya pink aku nanti tapi aku rasa ok colour putih tu. Brooch tu RM20 each! Murah dan cantik! Lepas tu jalan lagi, rupanya banyak lagi kedai brooch! Peh aku dengan Rini rambang mata! Rini tak beli pun brooch yang dia suka sebab dia tak tau nak yang mane satu. Memang rambang mata! Memang banyak lagi yang cantik- cantik! Harga boleh tahan murah! Aku rasa best gile shopping kat Jalan Masjid India ni sebab barang murah-murah. Kalau kat JB ni jangan harap nak dapat harga tudung dan brooch yang cantik macam ni dengan harga murah macam ni. Penat, panas dan lenguh kaki berjalan kat Jalan Masjid India tu. Dengan orang yang sangat-sangat ramai lagi. Tapi seronok! Actually this is the first time aku jalan-jalan kat Jalan Masjid India ni. Luckily Rini nak bawa aku pergi! Thanks Rini! ;) For sure la lepas ni nak pergi sendiri aku takkan ingat jalan. Tak tau nak suruh sape bawa aku pergi lepas ni. Hehe.

Lepas penat berjalan, last2 aku jer yang beli barang. Rini tak beli ape pun. Dia ada lah jugak berkenan dengan baju kurung dekat situ tapi dia tak berani beli lagi sebab dia takut orang tersayang dia tak berkenan kalau dia pakai. Hurmm memang girlfriend yang baiklah Rini ni. Kalau jadi isteri nanti mesti jadi isteri yang patuh pada suaminya. Hekhek! Dah penat tu kitorang decide untuk balik. Bila sampai kat kereta aku terperanjat sebab cermin kereta Rini ada banyak tepekan-tepekan tahi burung! Hehe. Rini kate dah biasa dah kalau park kat situ memang kena punya tahi burung. Tapi kalau tak park bawah pokok maybe tak banyak sangat kot kena tepekan tahi burung tu. Hehe. Lepas tu aku dengar Rini menyumpah kereta sebelah park kereta yang membuatkan dia agak susah nak buka pintu dan masuk ke dalam kereta. Memang kereta tu park terlalu dekat dengan dengan pintu kereta dia. Lepas jer masuk kereta, Rini sempat *** kereta tu. Hehehe. Aku gelak jer tengok Rini. Tak sangka dia agak ganas jugak. Kih Kih Kih!

Tak Suka Bau Rokok!!

ahhhhh tension!! pagi semalam bangun2 tido jer tetiba bau rokok! itu dalam bilik tidur aku dah bau kuat...bile keluar jer dekat ruang tamu, lagi lah bau rokok yang sangat kuat! aku pernah jer duduk sebelah orang yang menghisap rokok tapi tak ade plak bau kuat macam mane aku bau ni!! penat aku cari dari mane datangnye bau rokok di siang2 hari ni..setau aku semua yang dalam rumah aku ni berpuasa..aku nak spray pewangi dah habis pulak!! arghhh rimas lemas macam ade asap dalam rumah!! sesak nafas pun ade...rokok jenis ape pun aku tak tau la ni...kompem orang yang hisap rokok ni bau dia lebih busuk!! eerrhhhggg!!

Sunday, September 21, 2008

Dah Boleh Memasak!

Last 2 weeks ari tu aku balik JB sempena Asraf balik ke Malaysia selepas sebulan di hantar bekerja di Jepun dan sempena Ramadhan dan juga sempena dah sebulan aku tak balik JB juga jenguk abah aku...aku balik tak bawak balik kereta aku so aku tumpang Elle and her boyfriend, Acong...agak segan la mula2 kan yer la mane la tau kalau kacau daun ke ape...hikhik tapi kesudahannya Acong tidur di belakang dan Elle yang drive sampai JB...then sampai JB tu tak perlula aku nak bercerita kat sini...kang ade yang terkenang peristiwa sadis...ekeke..Thanks Elle sebab tumpangkan aku sampai ke rumah! mwahh!!
~~
Okey, aku sampai JB hari Jumaat tu malam...Asraf sampai JB hari Sabtu waktu subuh. Dia sampai JB terus call aku dan mengingatkan yang malam tu aku akan berbuka di rumahnya bersama2 dengan keluarga dia..agak malu la jugak sebab pagi tu abah tanye,
~~
Abah: Kaklong boleh masak hari ni untuk berbuka?
Aku: Kaklong kena berbuka kat rumah Asraf la hari ni.
Abah: Eee tak malu la...Kaklong tak puasa pergi berbuka rumah orang..
~~
Then aku sengih jer bile abah pun sengih...keh keh...yer memang aku tak puasa time tu but im sure Asraf tak cakap dengan mak dia yang aku tak puasa...hehe
~~
Hari Ahad aku mengajak Sha berbuka bersama dengan Elle sebab Elle balik KL hari Isnin...Cuma aku akan balik pada hari Jumaat naik bas..Then we were planned berbuka puasa di Yew's Cafe di Menara MAA..boleh tahan jugakla makan kat situ sedap! lain kali boleh makan kat situ lagi...aku order ape aku dah tak ingat tapi kalau pergi lagi kompem ingat...hehe

Elle, Sha and me

Asraf, Halim and Acong

Hari Isnin tu aku memang xde buat ape then aku tiba2 rasa nak masak..yeahh aku nak masak masakan kegemaran Asraf iaitu ayam masak merah...aku tanya abah macam mane nak masak, then abah cakap la itu ini, mcm tu mcm ni then, aku buat la macam mane yang abah cakap dan ape yang aku rasa betul..start pukul 6 tau aku start masak...mau tak kelam kabut...nasib baik tume tu kakngah balik cepat sempat aku suruh dia masak nasi...tapi dia membebel la sebab dia balik kerja ingat nak rilek2 jek tengok semua dah ready...ewahh makcik ni, aku nak masak dah cukup baik tau...lepas tu Asraf pun datang dengan bawak sedikit kuih...dia macam tak percaya jer aku yang masak..hehe, aku tanye sayur ape yang dia boleh makan, dia cakap 'sayur bandar' haha...sayur kobis dia kate...So aku masakkan sayur kobis goreng...Asraf memang tak makan sayur dan tak makan ikan...dia hanya akan makan ayam..itu satu yang tak boleh di ubah..aku pernah paksa dia makan sayur kailan ikan masin yang sangat sedap, dia jeling aku...hehe so aku tak pernah paksa dia makan sayur lagi lepas tu..so ayam masak merah aku memang laku malam tu...Asraf dan abah tambah nasi ok!! hehehe abah pun kata OK!


yes, i knew it...tgk dalam gambar pun dah sedap ape ntah lagi memakannye ye tak? hahaha

Hari Selasa abah suruh masak lagi, masak ape ntah tak ingat tapi aku macam malas nak masak..Hari Rabu lak aku teringin nak makan sup ayam so aku tanya abah lagi macam mane nak masak sup ayam plak..ok malas nak citer panjang, aku akhirnya berjaya masak sup ayam yang memang sedap!! hehehe adik lelaki aku yang berbuka kat tempat praktikal dia pun, bile balik rumah tak tahan dengan godaan sup ayam aku so dia makan lagi di rumah...hehehe

sue's chicken soup...hehe

Kasut Yang Pelik Tapi Benar!

hari ni cuti tak banyak benda yang aku buat...actually the one thing that i only do today is sleeping!! haha Penat dah tidur, petang aku bangun mandi then, masak air untuk berbuka puasa...aku berbuka Hot Chocolate jer hari ni...tak ade mood nak pergi bazar beli untuk makan lagi pun im not so hungry...is that good for diet? hehe then tengok tv, tukar cenel ni tukar cenel tu belom ade cerita yang best lagi...teringat that past hold week aku kerja malam x sempat nak follow favourite CSI series aku terus tandakan reminder pukul 9pm nanti..then sebelum tu aku teringat la nak tengok2 kalau ade fesyen kasut yang aku nak beli untuk raya nanti di internet..then tengok punya tengok aku ter go to this website, Christian Dior kott, hehe..actually tak la cantik sangat pun design2 jenama mahal ni...banyak kasut pelik lagi ade la aku tengok...hikhik

so here goes kasut pelik tapi benar...hehehe












tengok model dua orang ni...macam malu jer memodelkan kasut yang dia pakai tu...ekeke, aku mungkin takkan pakai kasut2 seperti ini...aku dapat bayangkan kesakitan kaki selepas memakai kasut2 ni...tak tau la kalau korang berlainan pendapat macam aku yang mungkin beranggapan ini adalah fesyen2 terkini yang sangat cantik!! hehe ;p

Last Keje Sebelom Cuti Beraya

huhu baru jer abis syift malam tadi iaitu syift sebelom aku cuti beraya...hari ni aku dah bercuti tapi esok (Isnin) dan Selasa aku kena pergi Training Module 2 plak kat Technology Park Malaysia (TPM) dengan Azalina (Bai/Maggie) ish banyak la name Bai neh..lepas tu merdeka!! boleh balek JB!! tapi insyaAllah balik JB 26 Sept selepas berbuka beramai2 dengan kawan2 office dekat Planet Hollywood nanti..insyaAllah kalau jadi mengikut perancangan yang telah di rancang sebelum ini..

semalam dah message Asraf lepas berbuka dekat Planet Hollywood tu nanti nak berjalan2 dulu kat Sungei Wang...nak shopping kasut raye!! haha yang penting dia yang belanja kasut raye tu nanti...dia dah janji!! tapi dia mintak aku belanja dia baju raye plak...huhu xpe la aku belikan jer la sehelai nanti...hehehe

nak kasoooottttt....huwaaarghhahaha!!

Thursday, September 18, 2008

Sedih

huhu lame dah x tulis blog nih...hari ni plak tetibe rase nak menulis...ehh salah, menaip...
ntah la tak tau kenape sejak balek dari JB ni aku rase kurang seronok...kerja ok jer cuma diri aku sendiri yang tetiba rase macam x best...start keje hari pertama okey, hari kedua okey gak...dah masuk hari ketiga mulalah aku rase mcm xbest...x sihat...memula rase sakit tekak lepas tu boleh plak sakit telinga...lepas rase dahi dengan leher dah mcm suam2 je...ish nak demam ke aku ni...sebelom gi keje sempat aku pegi beli air badak...aku rase macam panas dalam...beli strepsil satu...taim buka aku habiskan satu botol air badak lepas tu lepas sebiji, sebiji aku mkn strepsil nak hilangkan sakit tekak aku ni...aku x suke sakit tekak...nak telan air liur pon rase perit jek...

masok hari keempat kerja, bgn2 jer terus sakit kepala belah kiri...ishh nape ni...migrain ke...nak tak nak aku kuatkan diri jugak siap2 pegi mandi pastu nak pegi kerja...kuatkan gak kaki pegi bazar beli mknn untuk berbuka...sampai opis, berbuka jek lepas mkn kurma aku telan panadol 2 biji...ahh lega sikit...lepas tu mula la dah tengah malam aku mengantuk...penangan panadol dah datang dah tapi aku gagahkan gak mate ni mengadap komputer...


masok hari kelima lak, mlm tadi kerja aku dah start bersin2...masok office terus bersin jer...hidung aku berair la pulak...lepas tu asek la nak bersin tak jadi...hangennn jek...derang ckp kalo nak bersin tgk lampu...aku dah mendongak macam nak ape pon x bersin jugakk...ampehh jer...pastu balik, masuk keta terus dengar lagu2 sedih...adehh layannn sampai hati aku tetibe tersentap...

tiba2 aku rase macam diri aku hidup sorang2 jek tak de teman, tak de kawan...ntah la...nak mengadu kat sape pun aku tak tau..tetiba aku rindu kat asraf, abah aku, dengan adik2 aku...ari tu balik JB rase meriah je...rase hepi, walaupun family aku x ramai tapi aku x rase sunyi..hmm mulalah hati aku di tarik2 untuk pindah balik ke JB...tapi susah la sikit sebab nak pindah balik sane aku mesti cari kerja dulu...kalau tak mmg payah la...

Thursday, September 4, 2008

Handphone Idaman

aaaaa tensionnye!! dah lame sangat aku mengidam-idamkan nak beli handphone idaman tapi setiap bulan bile dapat gaji mesti ade jer bil bil yg perlu aku jelaskan terlebih dahulu sehinggakan bajet untuk mendapatkan handphone baru yang aku idam-idamkan mesti tak ade...aku bukannye orang yang kaya yang petik jari jer dapat ape yang dikehendaki dan aku juga bukan anak orang kaya yang akan dapat setiap perkara dan benda yang di idamkan bila minta pada ibu bapa...im not that lucky! Asraf pula lebih pentingkan aku berdiri di atas kaki sendiri sekarang dengan berusaha sendiri jika hendakkan sesuatu...betul juga cakap dia, aku pun tak nak selalu sangat di manjakan takut dah terbiasa nanti, bila dia dah tak ada satu hari nanti aku tak boleh nak hidup pula...hurmm do you know what i mean! okey aku bersyukur apa yang aku ada...aku akan berusaha sendiri untuk mendapatkan setiap apa yang aku nak! wish me luck!
Sekarang aku amat gila mengidamkan dua handphone ni! uuwwaaa!!! Yang mane rase2nye lebih best? model Sony Ericsson W910i atau LG KF510...yeee aku tau handphone LG tu lagi mahal tapi ianya sangat cantik, elegan dan bergaya! hehe ;) im really in love with the red color of both models!!


Sony Ericsson W910i



LG KF510

Wednesday, September 3, 2008

1 Ramadhan 1429

Alhamdulillah dapat juga aku menyambut bulan puasa dan berpuasa pada 1 Ramadhan 1429 tahun ini..lepas kawan2 aku Aishah, Syazana dan Halim dari JB balik ke JB aku terus bersiap ke rumah atuk Wok di ampang...sebelum pergi ke rumah atuk aku belilah kuih2 dan roti john di bazar Ramadhan...entah la kenape aku rase kurang semangat, mungkin sebab penat puasa kot..aku gagahkan jugak la diri ni pergi ke ampang...pukul 6 tepat aku sampai ke rumah atuk dan aku tengok rumah atuk ramai orang...alamak aku beli sikit je kuih2 sebab ingatkan tak de sape kat rumah atuk rupanya ramai..ada Mak Ngah, Pak Ngah, Mokde, Pokde, dan yang aku tak sangka Makcu pun ada...huh lagi la tak bersemangat aku tengok dia ada...nak tak nak aku salam gakla dia...hehe...lepas tu aku dengar riuh suara2 budak kecik kat hall rumah atuk...aku ikut pintu belakang sebab kat depan dah tak de tempat nak parking...haaa pergi depan tengok sepupu2 aku yang kecik ramai dah berkumpul...riuh lah rumah atuk tu...bile semua nampak aku diorang terus panggil "Kaklong!!!" haha mesti diorang rindu kat aku sebab dah lame tak jumpe yelah sebab aku bukan selalu balik rumah atuk pun...kalau balik pun diorang tak de...lepas semua salam aku ade sorang ni name dia aku panggil Yaya, dia cakap, "Eh muka kaklong ni macam Stacy la!" hahahahaha! aku gelak jek...terdiam kejap pastu aku tanye la, "Eh kaklong dah rambut pendek pon ade muka macam Stacy ke?" dia jawab, "Iyeeee muka kaklong macam Stacy!!" adeh pastu aku gelak jek la...dah tak tau nak cakap ape...aku ingat dekat opis jek cite pasal Stacy ni...hehe...



Lepas tu diorang dah tak panggil kaklong dah diorang panggil "Kak Stacy!!" haha aku layankan aje la...pastu dah siap2 aku sediakan makanan untuk berbuka, kitorang makan dekat hall jer...bentang tikar, surat khabar pastu makan ramai2...meriah sangat...lagi meriah kalau ada Abah, Kakngah dengan Amy...sebelom berbuka tu sempat jugak aku call Abah...Pakcik satu keluarga pun tak balik rumah atuk..kalau ade lagi la meriah dengan anak2 dia lagi...ahhh rindunyee kemeriahan yang macam dulu...lagi meriah kalau ade arwah ibu...

Dalam pukul 10 selepas Mokde, Pokde, Mak Ngah, Pak Ngah balik aku pun nak balik...niat nak tidur rumah atuk terbantut sebab Makcu ade kat rumah atuk...aku tak selesa dengan dia lagi selepas apa yang dia dah buat kat aku mase mula2 aku start keje kat KL ni...bukan aku tak nak maafkan perbuatan dia tu cuma aku tak boleh lupa ape yang dia dah buat kat aku...lepas kejadian tu memang aku dah macam tak boleh nak tengok, nak cakap dengan dia...nasib baik Pakcu tak balik sekali...kalo dia balik sekali lagi awal aku balik...hurmm dengan anak2 dia jek la aku ok...

Tapi walau ape pun aku tetap happy dapat berbuka beramai2 di rumah atuk...tengok muka atuk pun happy jek dia...senyum jek...tak macam selalu...kalau aku balik sekali sekala tak de sape kat rumah mesti dia akan bangkitkan cerita pasal arwah ibu...bile dah cerita pasal arwah ibu mulalah aku rase sebak lepas tu aku cepat2 tukar cerita lain...aku tak nak menangis depan dia...

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak...aku baru jek balik dari bersahur di kedai mamak dengan kawan aku Aishah dan Elle...aku tak makan pun, minum neslo tarik jek...rase tak nak makan pulak...rase tak lapar...Alhamdulillah aku dapat lagi menyambut bulan puasa ni dengan rase amat bersyukur...memang dah lame tunggu bulan puasa ni...memang rase biasa je tapi sejak arwah ibu aku tak ada aku rase lain je bile bulan puasa ni...rase suka rase tenang je...tapi tetap sedih sebab setiap kali 1 Ramadhan aku akan terkenangkan arwah ibu aku...1 Ramadhan yg terakhir aku sambut bersama dia ada peristiwa yang berlaku sebab tu aku terlalu ingatkan dia setiap 1 Ramadhan...Ibu, kaklong sangat rindukan ibu...Semoga ibu selalu di rahmati dan di tempatkan di sisi orang2 yang solehah di sana...Al-Fatihah...