Monday, March 30, 2009

Kalut

Tak keruan aku di buatnya sekarang ni. Sejak minggu lepas dah dengar cerita pasal staff Astro di berhentikan 24 hours. Lebih-lebih lagi kepada staff yang mendapat Below Expectations untuk KPI tahun lepas. Tapi diberikan VSS. Adakah nama aku salah satu di senaraikan dalam Below Expectations? Adoyaiiii....Ni yang rasa nak bungkus kain baju pindah balik JB.

Menanti dalam debaran......

Saturday, March 28, 2009

Sokongan Untuk Earth Hour!

Walaupun aku kurang pengetahuan tentang Earth Hour ini tapi sedikit aku tahu tentang tujuan diadakan Earth Hour ini. Aku menutup semua lampu di rumah aku bermula 8.30 malam sehingga lah 9.30 malam. Ya! Aku berseorangan di rumah kerana Che Leen mengikut suami balik Perak. Untuk pertama kalinya aku bergelap seorangan di rumah selama 1 jam. Alhamdulillah tiada apa yang berlaku. Lagi pun aku dah memang biasa seorangan di rumah. Biasalah orang tersayang jauh di mata so tak selalu sangat keluar dating kannnn....Lalala ;p

Hanya cahaya TV menerangi ruang tamu aku...hehehe

Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning, Herald pada 2007, dan mendapat sokongan dunia pada 2008.

Shopaholic Time!!


Seperti yang telah kami rancang, semalam aku, Elle, Che Leen dan Rini pergi menonton wayang cerita Confessions Of A Shopaholic. Che Leen mencadangkan tengok di Pavillion memandang aku dan Che Leen je yang masih belom pernah tengok wayang di situ. Teringin jugak lah.

Cerita yang menarik dan menghiburkan. Kelakar dan menginsafkan. Hehe menginsafkan mereka yang gemar sangat berhutang dengan kad kredit. Siapa yang bercadang memang nak tengok cerita ni, aku menggalakkan sebab tak rugi. Jangan tengok cerita Watchmen please. Cerita yang sangat lama dan membosankan. Memang RUGI korang tengok. Aku dah rugi dah sebab aku tengok masa di JB hari tu.

Kitorang tak keluar lama. Habis tengok wayang, beli J.CO Donuts, terus balik sebab aku sakit kepala, Che Leen pula bercadang nak balik Perak, Elle nak tengok Acong main badminton, Rini pulak nak dating dengan si dia. Hehe. Balik dengan jammed di jalan raya membuatkan aku bertambah pening. Tengok jammed yang melampau tu membuatkan aku rasa macam malas nak ke KL lagi. Huh!


Kita makan dulu.....

Harus lah menggedik jugak di Ladies dan kedai. Hehehe

Aku sangat berkenan dengan sunglasses tu. Walaupun harganya yang murah, hanya RM29.90 Tapi bila mengingatkan gaji aku yang tanpa PCB itu, aku membatalkan saja niat untuk membelinya. Thank you Girl In Green Scarf. Hehehehe ;p

Thursday, March 26, 2009

Sleepy, Sleepy, Sleepy



Tuesday, March 24, 2009

Thanks!!!!!!

TERIMA KASIH kepada yang belanja aku dan Elle makan Pizza Hut hari ini. Semoga ko akan selalu di murahkan rezeki, berjaya menguruskan badan, terus success dengan kerja yang baru, berbahagia dengan kereta-kereta baru, berbahagia dengan bakal suami, berbahagia dan success dalam apa jua yang ko buat lah senang cerita. Dah kaya nanti janganlah lupakan kitorang ni eh. Hehe. Tengkiuuuuuuuuuuuuuuu!!!! Mwahhhhhhhhhhhhhhssss!! ;p


P/S: Untuk yang tersayang, terima kasih belanja top up. Hihihihi ;p

Monday, March 23, 2009

Bila Sedap Mengata

Siapa tak pernah mengata? Aku rasa semua pernah kan. Aku pun pernah. Lebih-lebih lagi sekarang ni. Ni nak mengata gak ni.

Aku memang dah lama tak baca blog-blog yang di tulis oleh seorang LELAKI. Aku biasa baca blog yang di tulis oleh seorang perempuan saje. Bukan apa, macam tak kena sangat bila LELAKI selalu tulis blog ni. LELAKI kan seharusnya lebih memikirkan tentang karier, masa depan, bekerja keras untuk mencari duit untuk berumahtangga, cari nafkah untuk anak isteri. Itu apa yang aku fikirlah. Tapi kalau blog ni memang di kena mengenakan dengan karier (yang membawa keuntungan dan rezeki) tak ape lah jugak. Itu pun tak selalu update.

Ni ada yang selalu update tapi dok lah cerita pasal si dia ni dia tu macam ni macam tu lah. Walaupun tak tulis nama, kadang-kadang kita sendiri pun dah boleh agak siapa. Dah macam orang perempuan pulak kan? Dok mengata dia ni dia tu macam ni macam tu. Macam aku sekarang ni lah. Aku tengah dok mengata lah ni. Mesti ada yang boleh agak. Jarang lah aku nak update blog untuk mengata seseorang itu saje. Aku lebih gemar tulis pasal diri aku, family aku, bf aku atau kawan-kawan baik aku.

Aku rasa kalau orang tak 'usik' aku, aku takkan 'usik' orang tu. Aku ada buat salah ke kat dia ek? Apa yang dia tak puas hati pun aku tak tahu lah. Ke dia tak puas hati sebab aku lagi comel dari awek dia? Ni yang buat aku tak boleh duduk diam. Sebab bila aku duduk diam orang pulak tak senang tengok aku duduk diam. Ada jer benda dia nak wat aku melenting. Tapi aku melenting dalam ni je lah.

Hoi ENCIK PECINTA SI MUNCUNG! Ko sedap dok ngata muka org mcm cina bukit, sindir, perli, mainkan nama bapak orang sana sini, baik ko jaga diri ko, jaga awek ko, jage tepi kain ko sendiri boleh tak. Ko dok ngata orang tak kahwin lagi, tak tunang lagi, ko tu dah kawin ke? Mentang-mentang ko pandai sikit, mula lah nak bangga diri, nak down kan orang lain yang kurang pandai. Jangan bangga sangat weh. Ini lah pertama kali aku jumpa LELAKI yang kuat mengata dari perempuan. Ko, awek ko dengan kawan ko pun sama je. TAK ADA LIFE! Bila dah tak ada life mula lah cari salah, cacat orang lain. Macam diri sendiri tuh dah PERFECT sangat.

Yang aku geram bila ko dok ngata muka awek orang macam ni macam tu, macam lah awek ko tu lawa macam Nora Danish. Awek sendiri ...... bla bla bla (TERPAKSA senset)

Aku tau, ko suka dok ngata orang yang sukakan baju berfesyen macam aku dan kawan-kawan aku yang JAUH lebih muda dari ko ni sebab.....awek ko sendiri tak TAHU berfesyen kan? Ya lah, macam kitorang ni baju bermacam fesyen, rambut berbagai gaya, kasut berkaler-kaler. Ko CEMBURU kan sebenarnya awek ko tak comel, tak best, tak pandai bergaya macam kitorang ni. Bila tak dapat mula lah ko nak tarik perhatian kitorang dengan dok mengata kitorang. Kan kan kan kan?

Cerita-cerita ni semua bukan aku saja nak reka, aku dengar dari kawan-kawan yang lain jugak. Kawan-kawan yang rapat dengan ko sendiri pun ada cerita. Ko dok cerita pasal orang lain jangan ingat tak ada orang dok cerita pasal ko. Macam aku ni lah. Aku tahu ko dok cerita pasal aku sebab tu aku dok cerita pasal ko lak. Kita saling bercerita lah ni kan. Huahuahua.

Aku perempuan weh, so orang dah tau orang perempuan ni memang suka mengata. Ko tu LELAKI. Buruk bebeno bila lelaki mengata lebih dari perempuan. Ya dak? Umur ko tu dah patut ada anak 2 3 dah. Ni kawen pun belum. Dah la tak kawen lagi pastu lak dok mengata sana sini. Ubah-ubah lah sikit perangai tu. Ko dok kata orang sane sini tapi bila terkena batang hidung sendiri ko tak sedar.

Siapakah LELAKI ini? LU PIKIRLAH SENDIRI......

Sunday, March 22, 2009

Bila Orang Tua Mengajuk Orang Muda Berfesyen

Buruk dowh. Lelaki pulak tu. Aku sure kulit ko tak secantik kulit aku.

Get a life la weh. Cari awek dulu. Tengok macam mana pulak fesyen dia.

Kalau nak tengok, tengok je. Kalau nak kata, kata je dengan kawan-kawan ko yang lain. Tak payah nak ajuk-ajuk depan aku. Buat aku lagi menyampah nak muntah tengok muka ko. Umur dah meningkat macam ko ni, baiklah berfikiran matang sikit.

Belajar pandai tapi budi bahasa tak ada. Aku rasa sebab tu lah ko tak ada awek sampai sekarang. Kalau ada pun kesian awek ko.

Tuesday, March 17, 2009

Cerita Menarik Dalam 1 Minggu: Perkahwinan Che Leen & Yob, Konsert Akademi Fantasia dan Liverpool Yang Hebat MENGALAHKAN Manchester United 4-1! Woohu!

Saje aku tukar tajuk panjang sikit. Hehehe. Aku ada buat Movie pakai gambar-gambar yang aku snap masa majlis pernikahan dan persandingan Che Leen dan Yob tapi macam besar sangat saiz dia kot. So, dah tunggu sejam lebih, tak dapat gak nak upload habis. Tak de rezeki korang nak tengok kekreatifan aku buat movie. Ekeke. So, tengok je lah gambar eh...

Tetapi oleh kerana aku terlupa nak cas bateri kamera aku terlebih dahulu, tak banyak lah gambar yang dapat aku snap. Gambar pun banyak goyang sebab orang yang nak amek gambar pun terlalu ramai. Macam artis pulak yang kahwin.

Saudara mara kedua belah pihak sudah ramai di tambah lagi dengan kenalan rapat dan kawan-kawan kedua mempelai tak melepaskan peluang merakam gambar. Aku pun pening tengok banyak sangat flash kamera.

Majlis ni memang sangat meriah dan teratur. Siap ada tarian zapin budak-budak kecil comel, lagu-lagu cinta. Jamuan yang di sediakan pun sangat sedap. Kalau aku tahu nama catering ni dah lama aku promot kat sini. Haha.


Pasangan pengantin pulak tak payah cakap lah. Isteri kepada cameraman yang di upah oleh Che Leen sendiri memanggil mereka Maya Karin dan Yusry. Hehehe. Aku suka make-up Che Leen. Tak terlalu tebal dan over macam sesetengah orang yang nak kahwin inginkan muka diorang jadi seperti orang lain. Simple but nice. Memang macam princess. Bukan aku puji ni sebab dah di upah oleh Che Leen atau sebab dia kawan aku tapi aku puji ikhlas. Ya kan Che Leen kan? Hehe.

Walau apa pun syukur alhamdulillah semuanya dah selamat. Aku tumpang gembira bila seorang kawan rapat aku telah pun berumahtangga. Semoga Che Leen dan Yob bahagia dan happy selalu. Cepat-cepat menimang cahaya mata ok! Tak sabar nak jadi aunty ni. Kuikuikui ;p

Thursday, March 12, 2009

3 Hari Lagi...

Dalam bulan ni 2 kali aku balik JB. Minggu lepas balik JB sebab kawan baik aku masa sekolah SSI JB, berkahwin. Teringin nak jumpa kawan-kawan lama punya pasal aku balik gak naik bas. Oh, panjang cerita hari yang aku nak balik JB tu. Siap tertinggal tiket kat Astro Bukit Jalil, kesian Elle terpaksa patah balik pastu tertinggal bas, duduk di bangku kecik sebelah driver dari KL sampai JB. Tak nak cerita lah. Sedih.

Tahniah Zarith dan suami

Ok ni cerita happy. Esok aku akan balik JB lagi. 3 Hari lagi one of my best friends akan bergelar isteri. Aku pulak rasa macam excited. Tapi sedih lah lepas ni dah tak duduk dengan Che Leen. Tapi ape pun aku sentiasa mendoakan semoga semuanya berjalan dengan lancar termasuk kelancaran Yob ketika melafazkan akad nikah. Hehehe. Tahniah Che Leen dan Yob. Semoga berkekalan hingga hujung nyawa.

Sebelum Che Leen balik ke JB kami sempat buat 'bachelorette nite' untuk dia. Nama tempat tu aku dah lupa pulak. Kami pergi tengok live band je. Lalala.....

Band yang aku lupa namanya.



Terharu hingga menitiskan air mata bila mendengar lagu yang di request sendiri oleh Elle. Tajuk lagu? Aku, Che Leen dan Elle lupa. Boleh?

Elle, Huds and me

Nampak happy ya? Keesokkan harinya bergaduh dengan bf memasing. Kih kih kih kih

Thursday, March 5, 2009

My BFF's Birthday!

Event: Surprise for Elle (di adakan awal 4 hari iaitu 1 Mac)
Venue: Rumah Elle di Keramat


Pergaduhan besar yang di buat-buat oleh Achong membuatkan surprise ini berjaya. Walaupun belum mandi dan masih merajuk Elle tiup jugak lilin yang hampir cair itu.

Elle, aku dan Che Leen tersangat lah faham ko yang sangat cerewet ini. Aku rasa Aisha pun masih faham kan Aisha kan. Hehe. So, kami pening jugak lah bila nak belikan ko hadiah. Kami harap ko suka apa yang telah kami berikan walaupun hadiah kami tak best macam hadiah yang Achong berikan. Ekekekeke ;p

Aku dengan Che Leen bercadang beli hadiah lain tapi lain yang kami beli sebab apa yang kami cadangkan itu tidak dapat di cari. Hehehe. So, bila masuk kedai Esprit aku ternampak jeket tu dan aku teringat yang ko pernah cakap ko suka sangat jeket tu. Bila Che Leen dah dapat kasut untuk ko, kitorang pulak tak ingat saiz ko. Yang aku ingat ko beli kasut selalu saiz 6 atau 7. Bila tanya Achong dia pun tak sure antara 6 atau 7. Lepas tu aku dengan Che Leen try, aku muat saiz 6, Che Leen pulak muat saiz 5, so confirm ko saiz 7. Sebab kaki kitorang lagi comel dari kaki ko. Hahaha.

Antara gambar-gambar kenangan terindah untuk Birthday Babe....






VINCCI Shoes from Che Leen


Hadiah 'kecil' dari Achong pada mulanya...


Hadiah 'besar' dari Achong....Handphone idaman Elle, Nokia E71



Ucapan aku untuk ko Elle,


Walaupun kekadang ko gedik dan mengada,
Walaupun kekadang aku menyampah,
Walaupun kekadang ko pukul aku,
Walaupun kekadang aku pukul ko,
Walaupun kekadang aku jerit kat ko,
Walaupun kekadang ko jerit kat aku,
Walaupun kekadang aku menangis kat ko,
Walaupun kekadang ko menangis kat aku,
Walaupun kekadang aku belanja ko lebih,
Walaupun kekadang ko belanja aku lebih kurang,
Walaupun kekadang ko kejar aku,
Walaupun kekadang aku kejar ko,
Walaupun kekadang yang berbagai lagi kekadang,


Aku tetap sayangkan ko, sebab ko lah kawan terbaik yang pernah aku ada.

Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu.

Best Friend Forever.


Happy Birthday Elle.