Saturday, February 21, 2009

Lovely February

Selain daripada sibuk dengan training di NPU, aku juga agak sibuk dalam bulan ni pada hari weekend. Tak semua weekend la. Sesekali je bila ada rancangan dengan Elle dan Che Leen dan Aisha kalau dia datang KL. Kalau tidak ada kemana macam hari ini, aku akan mengadap laptop dan buat apa yang patut lah.

Okey seperti yang di janjikan, aku nak upload gambar-gambar sepanjang weekends aku yang 'ada life'. Dan aku akan ceritakan serba sedikit je lah sebab tak tahu kenapa tangan aku agak menggigil nak menaip ni. Mungkin sebab tak makan lagi kot.


Berinai




Back to basics. Kami inaikan rambut kami berwarna hitam dan aku inaikan kuku aku. Terima kasih kepada Wanie. Hehe ;p



Menara Kuala Lumpur





Pertama kali aku ke Menara KL di waktu malam. Memang sangat cantik. Aku, Elle dan Sha yang pada mulanya merancang untuk ke Zoo Negara. Bila sampai je di Zoo Negara orang yang kat zoo tu cakap zoo di buka untuk mereka yang menyambut Valentine!! Siap ada dinner lagi.

Kami yang tak menyambut Valentine ni dengan kecewanya beredar dan terus ke Menara KL sebab di situ ada Animal Zone. Oleh kerana dah hampir pukul 10 kami tak sempat nak berjalan sangat dan kami terus beli tiket untuk masuk ke Animal Zone dengan harga RM10. Enjoy jugak lah!

Lain kali datang boleh cuba Flying Fox pula. Tapi kena datang siang lah.


Happy Birthday Februarians!!



Happy Birthday to Bonez (13 Februari) dan Achong (17 Februari)!!

Thanks Bonez sebab belanja aku, Elle and Wanie di Restoran Murni pada hari jadi ko. Kami sangat menghargainya! Ekekeke.

Untuk birthday Achong, Elle merancang surprise 2 hari lebih awal di Piza San Francisco di Wangsa Maju. Mereka yang terlibat adalah aku, Che Leen, Yob, Sha, Halim dan kawan-kawan Achong. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan surprise Elle untuk kekasih yang tersayang menjadi. Dari bergaduh terus jadi baik. Hihihihi.



Lovely Day

Actually tak lah lovely sangat sebab aku saja yang single pada hari tersebut. Kesian kan? Selepas makan di Piza San Francisco tu kitorang hang out beramai-ramai kecuali kawan-kawan Achong. Kitorang jalan-jalan di Pavilion. Nak shopping memang harapan la. So cuci mata je sambil menggedik ambil gambar.

Seriously aku tak nak dah keluar dengan kawan-kawan aku sekiranya diorang ber 'couple'. Aku sangat tak tahan bile seorang demi seorang cakap "Kesian Sue". Rasa macam nak menangis kat situ jugak bila diorang cakap macam tu. Tapi aku tahan kan aje dan buat-buat rileks. Hehehe. Its okey lah my all dear friends. Aku takde hal sebenarnya cuma PLEASE jangan cakap "Kesian Sue". Rasa macam diri ini memang belum berpunya pulak. Haha!




Candid Couples


BFF!!



Semoga korang akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Alhamdulillah Che Leen dah nak melangkah ke alam perkahwinan. Seorang demi seorang akan ikut jejak Che Leen. Who's next? Tak tahu lagi. Jodoh pertemuan semua di tangan Allah.

Aku rasa sangat beruntung dan bersyukur dapat kawan baik macam korang semua. Aku sayang korang. Thanks for being my best friends Elle, Che Leen and Aisha! Muahhhhhhhhhh!!


P/S: Miss u so much Khairul Asraf!

6 comments:

Anonymous said...

salam sue..
nk tanya, edit gambo tu, guna software pe?
bleh bg link dia x?
-cetez @15-

Putry Sue said...

salam..
sue guna software Picasa 3 ;)

Anonymous said...

taun depan aku banje tmpt len plak..maseh sue prap n dakhat beli kek... :)

Anonymous said...

ok thanks sue!
-cetez@15

Anonymous said...

salam suesue...ngeeeeeeeee....cntik blog secntik orgnyer.....kpet suram tanpa awk......t.c mishyuuuu

Anonymous said...

salam sueeeesueeee...ngehh...ngehh cumel blog secumel orgnyer.......kpet suram tnpa awk.....t.c mishyuuuuuuu