Tuesday, December 23, 2008

Pagi Yang Sebak

Malam tu aku masuk tidur awal kerana hendakkan tidur yang lena dan mencukupi. Lagi pun aku memang letih. So aku masuk tidur dan tidur di atas tilam yang sangat empuk!

Aku mimpi.

Aku di rumah aku di JB, duduk di ruang tamu sedang menonton televisyen. Ada kereta masuk ke perkarangan depan rumah. Terlihat dua orang yang biasa aku lihat sedang keluar dari kereta sambil membawa barang-barang di dalam plastik seperti baru balik dari pasar tani.

Oh Abah dan Ibu rupanya. Aku membuat reaksi seperti biasa. Sambung menonton televisyen. Selepas menghantar barang di dapur, Ibu ke depan dan menonton televisyen bersama aku. Kami berbual. Berbual macam biasa. Dan tiba-tiba satu soalan aku ajukan kepada Ibu:

"Ibu, nanti boleh tak ibu datang macam sekarang ni masa Kaklong kahwin nanti?"

Ibu menjawab, "Boleh...Nanti akan ada 'Penghulu' yang akan beritahu Ibu bila."

Aku senyum dan kembali menonton televisyen. Dan tiba-tiba handphone aku berbunyi.

Aku ambil dan aku lihat bukan nama si pemanggil tetapi Alarm yang berlagukan "Stuck". Aku terjaga dan aku tahu aku bermimpi tadi. Aku bangun, ambil tuala dan berjalan ke bilik air dalam keadaan sebak.

8 comments:

yatieee said...

beb....ermmmm...speechless la...sobssss...

elle babe said...

hugs!!!!! no matter wut i owez there 4 u babe

Putry Sue said...

thanks babes...luv ya'

si sepet gurl said...

uhuk uhuk babes..mcm nak kawen x lame lg r tuh..

gossiper ; f a w a ♥ said...

da sampai seru kottt haha :)
aw aw jgn la sedih
sian die. mwahmwahh
saye sentiase ade utk awak :)

che leen said...

hugss jugak..jgn sedih ea...nti aku suh mike msk minang cecept..ilang siket rase sunyi..apepun i'll b 2 steps behind u..

Putry Sue said...

tq tq fawa shayanggg...muahhhh2

Putry Sue said...

cleen...suh dia cepat sikit masuk meminang pelis...huahuahua