Saturday, November 22, 2008

LEVIS Pertama

Aku tak ingat tahun bila tapi kalo tak silap aku mase aku memula kapel ngan Asraf la, tahun 2002 la kot, dia ada belikan aku sepasang jeans Levi's. Itu lah Levi's pertama aku dan dia yang belikan. Oh sebenarnya memang aku tak pernah beli Levi's pakai duit aku sendiri. Actually aku tak banyak jeans pon kalau nak di bandingkan dengan kawan2 aku yang lain. Tak lebih dari 5.

Untuk mase sekarang la. Mase aku belajar dulu2 ada la. Masa belajar dulu beli jeans BUM jer la. Time tu popular BUM jer lagi pun itu jer yang aku mampu. Sekarang dah tak pakai. Aku pakai ape yang ade aje. Eh, back to the main story. Seluar Levi's pertama aku ni telah pun koyak! Koyak di bahagian lutut. Mula2 koyak kecik jek aku tak kesah sangat la.

Mase mula2 koyak kecik tu aku bgtau Asraf pastu dia kate, "Oklah nanti dapat bonus abang belikan yang baru" yeay!! Terseyum lebar la aku mase tu. Dia memang dah lame tak belanje aku jeans pon. Lepas tu tadi mase kerja aku punya tak reti dok diam la kan, kejap melunjur kejap bersila kejap bersimpuh. Mase ade satu mase tu aku nak bengkokkan kaki aku bunyi "prap" (bukan Frapp) pehh makin meluas koyak dia. Nak menangis pon ada. Nak menangis tu sebab sedih la jeans pertama aku tu dah koyak tapi tak nangis pon sebab cam kelakar pon ada. Rase cam rock plak. Aku gelak sorang2. Hehehehe

Lepas tu bila aku masuk surau, ada sorang minah ni dia tengah makan keropok nampak aku masuk terus pelawa "Makan...." hehe aku senyum je la. Ada ke makan dalam surau? Pegi la kat pantry. Mase dia pelawa tu sambil dia tengok seluar aku, terus muka dia berubah. Mesti dalam hati dia, "Minah ni rock2 pon masuk gak surau ek" Keh keh keh

Semasa koyak kecil-kecilan

Setelah koyak besar-besaran

Ada gak kegunaan seluar koyak kat lutut ni. Boleh buat stand handphone bila sedang 3G. Huahuahua

2 comments:

'D' said...

seb bek koyak kat lutot..wakakaka...kalo kat tmpt len, naya jek...ahahah

Putry Sue said...

ekekeke tuh la pasal kan...ngeh2 ;p